Siapa yang tidak kenal origami. Seni melipat kertas yang sangat popular di negara sakura, merujuk pada seni melipat kertas menjadi suatu bentuk atau gambaran tertentu. Bentuk yang dimaksudkan boleh berupa haiwan, tumbuhan, ataupun benda tertentu. Origami boleh menggunakan pelbagai jenis bentuk kertas. Boleh pula menggunakan kertas putih mahupun berwarna atau memberi warna saat bentuk akhir origami berjaya dibuat. Meskipun demikian, ada juga beberapa purist (sebutan untuk para pengamal origami) yang mempunyai syarat ketat pada origami, antaranya:
Origami dipercayai telah ada sejak kertas pertama kali digunakan iaitu pada abad pertama China. Yang tepatnya pada 105 M oleh Ts'ai Lun.
Contoh-contoh awal origami yang berasal dari China antara lain tokang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas itu kemudian dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan ke Jepun (610 M) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku.
No comments:
Post a Comment