www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Tuesday, February 28, 2012

BUDAK 3 TAHUN INI DIKATAKAN MEMPUNYAI TAHAP IQ SETARAF DENGAN BILL GATES


Mungkin ini fenomena biasa di abad ini tetapi kadangkala tidak terjangkau difikiran kita bahawa kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun sudah memiliki tahap IQ yang luar biasa. Cerita terbaru berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun KARINA Oakley, yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160.
Bahkan , tahap IQ kanak-kanak ini dikatakan setanding dengan seorang saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Dia kini ahli forum Mensa - sebuah organisasi intelektual dari seluruh dunia. Tahap kepandaian Karina seperti budak berusia lima tahun dengan daya imaginasi dan kepetahan bercakap.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.

"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah

Ibu Karina bekerja dalam bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta manakala bapanya, Nick merupakan seorang pakar komputer. Mereka tinggal di Guildford, Surrey. Britain.

kredit : pejuang melaka

Wednesday, February 15, 2012

HANGAT! REVIEW LENGKAP KERETA PROTON TERBARU (P3-21A)!!!!!! CIRI TERBAIK PERNAH DI HASILKAN PROTON


Proton P3 21A review Review Lengkap Didedahkan Lagi!! Proton P3 21A Model Terbaik Proton Setakat Ini?

Review terbaru melibatkan gambar dan informasi terbaru Proton P3-21A ini diambil semasa Proton telah didedahkan oleh laman blog Proton Sales selepas menghadiri sesi ‘P3-21A Product Knowledge Training’ baru-baru ini…
Bagi kami model kereta Proton yang ada pada hari ini memang kami akui ada penambaikan. Kesilapan Proton dahulu disebabkan tidak dijaga dan diuruskan dengan baik selama tempoh 10-15 tahun. Dengan model kereta Proton masih lagi ada di jalan walaupun mengalami masalah kecil, apatah lagi masalah besar. Jadi ini semua telah menjadi rekod buruk kepada Proton terhadap model-model kereta mereka. Ditambah dengan persoalan harga yang ditawarkan kepada pelanggannya.
Kalau sebelum ini model-model kereta Jepun dan Continental yang apabila masuk di Malaysia dahulu sudah ada track record yang baik. Tetapi tidak selamanya begitu. Sekarang ini pun model kereta Jepun yang agak terkenal lebih-lebih lagi di Malaysia, sudah mula dilihat beberapa kali “terlepas pandang” aspek ketelitian pengeluaran model kereta mereka lebih-lebih lagi  kualiti apabila kilang telah di’outsource’ keluar.
Kereta-kereta luar negara sudah ada trademark dan ciri-ciri tersendiri. Sebagai contoh :
  1. Honda dengan Vtec
  2. Alfa romeo dengan twinspark dan handling yang bagus dan lain-lain kereta yang ada ciri-cirinya yang tersendiri.
  3. Malaysia dahulu cuma boleh di banggakan dengan enjin campro CPSnya tetapi masih lagi ‘hijau’ track record enjin ini. Walaupunbagimanapun kami mula terasa kekuatan magnet dari Proton sekarang, tambah-tambah lagi kalau yang telah di tala oleh R3.
Sekarang ini tampak mereka sedang berusaha untuk ke arah penambaikan ke arah yang lebih baik. Baca review Proton P3-21 yang dihasilkan oleh saudara Nazz yang merupakan pemilik laman Proton-sales.blogspot.com

Tuesday, February 14, 2012

TAHUKAH ANDA? 10 HAIWAN YANG PALING BERACUN DI DUNIA


Kali ni mari kita berkongsi maklumat pasal 10 haiwan yang paling beracun di dunia.

10 . Puffer Fish
-
Puffer Fish biasanya dijumpai di Jepun dan Korea.Ia merupakan salah satu makanan kegemaran di kedua-dua negara tersebut.Kulit dan organ Puffer Fish ni sangat beracun.Tak tahu macamana dorang makan Puffer Fish ni.Sesiapa yang terkena racun ni akan mati dalam masa 24 jam.Tidak ada penawar bagi racun tersebut

 9 . Poison Dart Frog
Poison Dart Frog adalah salah satu haiwan yang tinggal di Hutan Hujan di South America. Kalau korang berjalan-jalan disana,jangan sentuh atau bawa balik katak ni.Racun katak ini boleh membunuh 10 orang dewasa dan 20,000 ekor tikus.

8 . Inland Taipan
Inland Taipan ialah ular yang paling berbisa didunia.Gigitan ular ini mampu menumbangkan 100 orang dewasa dan 250,000 ekor tikus.Racun ular ini dikatakan jauh lebih kuat daripada ular tedung.Seorang lelaki dewasa tumbang hanya dalam masa 45 minit oleh racun ular ini.

Wednesday, February 1, 2012

FAKTA-FAKTA YANG MENARIK UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA ANDA?


Kali ini mari kita kongsi bersama pasal fakta-fakta menarik di dunia ni.Tahukah anda,sebenarnya,ada banyak fakta-fakta menarik di dunia ini yang kita tidak tahu. Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan di bawah ini adalah untuk tatapan anda. Layan.......
Ada 1,525,000,000 batu wayar telefon digantung di seluruh AS

 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321

Lipas boleh hidup selama beberapa minggu dengan kepalanya terputus

 Untuk melepaskan diri daripada cengkaman buaya,gunakan jari anda untuk mencucuk biji matanya.Ia akan melepaskan kamu pergi dan tidak mengacau kamu lagi.

Penguin adalah sejenis burung,dan ia satu-satunya sejenis burung yang berenang,tapi tidak boleh terbang.

Sotong gergasi adalah haiwan yang mempunyai mata yang terbesar di dunia ini.