www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Monday, May 23, 2011

AKTIVITI JUALAN PRODUK KRAFTANGAN


Kraftangan Malaysia sekali lagi menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2011 buat kali ke-enam pada 26 Mei – 06 Jun 2011. Promosi ini akan berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula pukul 10.00 pagi – 8.00 malam ( Ahad – Khamis ) dan 10.00 pagi – 10.00 malam ( Jumaat dan Sabtu ). Promosi yang bertemakan “Kraf dan Perkahwinan Malaysia” ini mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian dengan
persiapan majlis perkahwinan pelbagai masyarakat di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya promosi ini di antaranya adalah Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan, Pameran Taman Raja Sehari, Demonstrasi Andaman dan Tatarias Pengantin Malaysia, Fesyen Busana Pengantin, Manifestasi Perkahwinan Malaysia,  Pertandingan Seni Perkahwinan, Perkhidmatan Lawatan Berpandu dan sebagainya.
Orang ramai di jemput hadir.



sumber : portal kraftangan malaysia

No comments:

Post a Comment