Alam mempunyai terlalu banyak misteri. Banyak sekali fenomena yang berlaku di alam ini yang sangat menakjubkan. Di bawah ini adalah antara fenomena alam yang sunguh menakjubkan di dunia.
10. Ice Circles
Lingkaran ais yang berlaku ini merupakan fenomena yang sangat jarang sekali terjadi di dalam air yg bersuhu sejuk. Lingkaran ais-ais besar ini boleh ditemui di skandinavia dan Amerika utara, dan kejadian yang terbaru terjadi pada Januari 2009
9. Red Tides
Sebuah fenomena alam yg terjadi kerana berkumpulnya mikroorganisma di persisir tempat bergabungnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuat air menjadi berwarna ungu dan merah.
8. Columnar Basalt
Formasi bebatuan yg terbentuk kerana lava dari letusan gunung berapi yang menyejuk. Basalt yang terkenal di dunia terletak di Giant's Causeway di Ireland Utara.
6. Moeraki Boulders
Batu-batu berbentuk bulat yg berada di tepi pantai. Terbentuk kerana pukulan dan hakisan ombak. Lokasinya yang terkenal terletak di Pantai Koekohe.
5. Penitentes
Fenomena alam yang hanya terjadi di tempat antara Chile dan Argentina, iaitu salji di permukaan yang tinggi yang meruncing kerana tiupan angin yang kuat di Pergunungan Andes.
4. Light Pillars
Fenomena visual yg tercipta kerana hasil pantulan cahaya.
3. Catatumbo lightning
Orang Venezuela menamakan petir misteri itu Relampago del Catatumbo atau petir Catatumbo. Lokasi terjadinya petir ini di permukaan sungai Catatumbo di tasik maracaribo, Venezuela. Kilat ini menyambar hebat dengan tinggi 5 km. Terjadi diantara 140 hingga 160 kali di waktu malam dalam 1 tahun. Setiap malamnya terjadi sambaran selama 10 Jam. Tiap jam terjadi sebanyak 280 kali sambaran. Maka dalam setahun lebih kurang 448,000 kali sambaran!!! Petir ini terjadi kerana tiupan angin kencang yang berasal dari Banjaran Andes. Dikatakan, petir ini adalah pembentuk lapisan ozon yang paling besar di muka bumi ini.
2. Cave of the Crystals
Gua yang mengandungi crystal terletak di kawasan perlombongan di Chihuahua, Mexico.
1. Pink and White Terraces
Keajaiban alam yang tinggal kenangan kerana dihancurkan oleh letusan gunung berapi tarawera pada tahun 1886. Fenomena alam air panas ini terbentuk dari semburan geyser yang melintas menuruni lereng bukit mencairkan ketebalan ais, kolam air panas terbesar ini dikatakan seluas 3 hektar, sebelum kemusnahannya. Fenomena ini termasuk dalam senarai " The Eighth Wonder of the World ".
sumber : infokita
No comments:
Post a Comment