www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Tuesday, June 14, 2011

INFO TENTANG PULAU TIOMAN, PULAU PANGKOR & PULAU PERHENTIAN

Di Malaysia, terdapat banyak pulau-pulau yang cantik, bersih dan mempunyai kepelbagaian hidupan semulajadi. Antara pulau-pulau yang terkenal di Malaysia dan menjadi destinasi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan ialah seperti Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau Perhentian. Berikut sedikit info tentang 3 pulau tersebut:
Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan. Pulau Tioman yang terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang telah dinobatkan antara 10 pulau paling tercantik di dunia. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pelancong yang berhajat untuk ke Pulau Tioman,boleh menaiki Bot laju dari Jeti Mersing.
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka, Pantai Barat Semenanjung di negeri Perak. Pulau Pangkor unik dengan kekayaan alam semulajadi yang masih terpelihara. Luasnya cuma 2200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25000 orang. Feri ke Pulau Pangkor menyediakan perkhidmatan yang selesa, cepat dan selamat. Perjalanan Feri dari jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor mengambil masa 1/2jam. Pulau Pangkor memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan. Pulau Pangkor dengan kombinasi perkampungan nelayan yang mempesona serta resort yang mewah merupakan destinasi percutian yang mengagumkan. Pulau Pangkor adalah syurga bagi pencinta alam dan mereka yang meminati sukan outdoor. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti jungletrekking dan sebagainya.
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian merupakan satu destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi. Pulau ini terletak 21km dari pinggir pantai Terengganu dan kira-kira 25km daripada Kuala Besut, Besut – daerah paling utara di Terengganu. Terdapat dua pulau yang sering dikunjungi pelancong iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau ini merupakan tempat pelancongan yang menarik kerana menyajikan panorama yang indah. Memang rugi jika anda tidak merakamkan gambar apabila berkunjung ke sini.  Pulau Perhentian menjanjikan sebuah percutian yang hebat di Malaysia dengan udara yang bersih, nyaman serta pantai yang menarik dengan air yang kebiruan. Ia juga menjadi syurga kepada penyelam-penyelam.


sumber : tempatmenarik

No comments:

Post a Comment