www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Tuesday, June 14, 2011

KETAHUI ADAKAH ANDA BERISIKO MENGHIDAP TEKANAN DARAH TINGGI (HIPERTENSI)?


Apa itu darah tinggi?
Darah tinggi merupakan satu penyakit yang sering kita dengar. Ia merupakan penyakit yang diturunkan melalui genetik pada umumnya. Kebanyakan penyakit darah tinggi diketahui pada usia 25 tahun dan ke atas sewaktu pemeriksaan kesihatan umum.
Tekanan darah dikatakan tinggi apabila mencapai di atas 140/90 mmHg. Tekanan darah di ukur dengan menggunakan merkuri, maka unit yang digunakan adalah mmHg. Terdapat dua bacaan pada tekanan darah, yang atas adalah tekanan sistolik manakala yang bawah adalah tekanan diastolik yang masing-masing menunjukkan tekanan darah sewaktu jantung mengepam darah dan sewaktu jantung berehat.
Apakah penyebab darah tinggi?
Penyebab tekanan darah tinggi yang paling banyak adalah genetik. Penyebab ini masih tidak diketahui secara pasti bagaimana terjadinya peningkatan tekanan darah. Keadaan yang disebabkan oleh kelainan genetik ini disebut juga sebagai primary atau essential hypertension. Selain itu, terdapat penyakit yang dapat mengganggu beberapa organ sehingga dapat menyebabkan kegagalan badan untuk meregulasi tekanan darah, seperti buah pinggang, jantung, sistem saraf, dan lain-lain. Keadaan ini juga disebut sebagai secondary hypertension.
Adakah anda berisiko mendapat darah tinggi?
Daripada penelitian-penelitian yang telah dibuat, terdapat banyak faktor risiko untuk terjadinya tekanan darah tinggi antaranya adalah:
  • Umur. Risiko mendapat tekanan darah tinggi meningkat dengan meningkatnya umur.
  • Sejarah keluarga. Oleh kerana kebanyakan penyebab darah tinggi adalah genetik, jika anda mempunyai ibu atau ayah yang mempunyai darah tinggi, kemungkinan besar anda juga mempunyai darah tinggi.
  • Obese. Atau kegemukan meningkatkan tekanan darah kerana pada orang gemuk, jantung akan berusaha lebih untuk mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh secara langsung, tekanan di dalam pembuluh darah akan meningkat.
  • Kurang bersenam. Jantung pada orang yang jarang bersenam berdetak lebih cepat. Jantung harus berusaha lebih kuat untuk mengepam darah pada setiap pengepaman, secara tidak langsung, tekanan darah akan naik.
  • Diet terlebih garam. Sebetulnya, garam yang berlebihan akan menyebabkan lebih banyak air atau cairan disimpan di dalam badan. Dengan meningkatnya volume darah, tekanan darah juga turut naik.
  • Stress. Stress dapat membuat tekanan darah tinggi secara mendadak. Ini ada kaitannya dengan sistem saraf dari otak.
  • Merokok dan minum alkohol. Zat-zat kimia yang terkandung di dalam rokok/tembakau dapat menyebabkan proses penyempitan pembuluh darah yang akhirnya meningkatkan tekanan darah. Begitu juga dengan alkohol.
Apakah tanda-tanda darah tinggi?
Kebanyakan orang tidak menunjukkan tanda-tanda mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehingga tekanan darah mereka menjadi amat tinggi. Seringkali tanda-tanda yang dapat dijumpai adalah sakit atau pening kepala atau hidung berdarah.




Bila seharusnya saya berjumpa doktor?
Anda perlu membuat general medical checkup sekurang-kurangnya 2 tahun sekali pada umur 20 tahun dan ke atas. Jika masalah tekanan darah dapat diketahui lebih awal, anda tidak perlu memakan ubat. Anda hanya perlu menjaga makanan dan juga bersenam.
Bagaimana mengubati darah tinggi?
Darah tinggi tidak dapat diubati tetapi dapat di-control. Target tekanan darah adalah 140/90 untuk orang yang sihat, 130/80 untuk orang yang mempunyai penyakit buah pinggang, dan 120/80 untuk orang dengan penyakit jantung.
Tekanan darah dapat diturunkan dengan mengurangi faktor-faktor risiko yang telah disebutkan di atas; kurangkan garam dalam makanan, berhenti merokok dan berhenti minum alkohol, bersenam, kurangkan berat badan, dan kurangkan stress.
Jika tekanan darah tidak dapat dikurangkan dengan cara-cara di atas, maka anda perlu memakan ubat dengan teratur. Kadang-kadang, beberapa kombinasi ubat diberikan. Ini adalah untuk mengurangkan side effects ubat tersebut.
Antara ubat-ubat yang diberikan adalah daripada golongan seperti berikut:
  • Thiazide, merupakan pilihan pertama dalam pengubatan darah tinggi. Bekerja di buah pinggang untuk membuang garam dan air dari badan.
  • Beta blockers, bekerja di jantung dan pembuluh darah. Efektif jika digabungkan dengan golongan Thiazide.
  • Angiotensin converting enzymes inhibitors (ACE I), bekerja dengan me-relax pembuluh darah.
  • Angiotensin II receptor blockers, bekerja pada pembuluh darah.
  • Calcium channel blockers, bekerja dengan me-relax otot-otot pada pembuluh darah.
  • Renin inhibitors, bekerja pada buah pinggang.
Selain itu, terdapat beberapa jenis ubat lagi yang digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Kenapa saya harus control tekanan darah dan apakah bahayanya jika tidak di-control?


Tekanan darah tinggi yang tidak di-control dapat menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah dan juga organ-organ penting. Semakin lama tekanan darah tinggi tidak di-control, semakin besar kerosakan yang terjadi.
Kerosakan yang terjadi dapat menyebabkan serangan jantung, stroke, aneurysm, kegagalan jantung, gagal buah pinggang, kebutaan, dan lain-lain.
sumber : ekesihatan

No comments:

Post a Comment