PENGENALAN KENCING MANIS/DIABETIS
Glukosa atau gula:
Makanan yang kita ambil, terutamanya karbohidrat seperti nasi dan sebagainya, akan dicerna di dalam sistem badan kita dan proses ini akan menghasilkan glukosa. Glukosa boleh diserap oleh badan kerana saisnya yang kecil berbanding sais karbohidrat yang besar. Glukosa adalah sumber utama tenaga kita.
Insulin:
Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta di pankreas. Ia berfungsi mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam badan kita. Sekiranya kandungan gula tinggi, badan akan menghasilkan insulin yang lebih banyak. Insulin kemudiannya akan membantu menurunkan kandungan gula di dalam darah. Insulin juga penting dalam metabolisma dan penyimpanan protin dan lemak, selain daripada karbohidrat.
Kencing manis:
Berbeza dengan orang yang sihat, seorang pesakit kencing manis akan mengalami dua jenis keadaan iaitu:
-kekurangan insulin.
-insulin resistance.
Bagaimana ia bermula?
Diabetes mungkin atau mungkin tidak disebabkan oleh keturunan. Bagaimanapun ada beberapa keadaan di mana penyakit ini lebih mudah menyerang, seperti berat badan berlebihan, cara hidup yang tidak sihat, mengandung dan sebagainya.
Jenis-jenis kencing manis
Ada dua jenis kencing manis iaitu:
Type I:
badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Kencing manis ini juga dikenali sebagai Juvenile-onset diabetes kerana ia selalunya bermula pada usia muda (juvenile). Ia juga dikenali sebagai Insulin-Dependant Diabetes Mellitus (IDDM). Pesakit jenis ini selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.
Type II:
kencing manis jenis ini juga dikenali sebagai mature-onset diabetes atau Non-Insulin Dependant Diabetes Mellitus (NIDDM). Jenis ini adalah jenis yang lebih biasa berlaku. Ia disebabkan oleh kekurangan insulin dan juga insulin resistance (Sila lihat di atas). Pesakit jenis ini perlu mengambil ubat atau juga insulin. Di samping itu, mereka juga harus lebih berjaga-jaga dengan pemakanan mereka.
Tanda-tanda:
Ada pesakit kencing manis yang tidak merasa tanda-tanda. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:
selalu kencing, terutamanya waktu malam.
dahaga yang keterlaluan.
lapar, oleh itu selera makan naik.
penurunan berat badan walaupun ada peningkatan selera makan.
rasa lemah badan.
pening dan muntah.
luka lambat sembuh.
mudak terkena jangkitan kulit.
kebas kaki dan tangan.
pemandangan menjadi kabur.
Bolehkah ia disembuhkan?
Tidak! Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap, pengambilan ubat secara teratur akan membolehkan komplikasi yang sering berlaku seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau dilambatkan.
Wanita Hamil:
Selain daripada jenis-jenis di atas, orang yang mengandung juga boleh mengalami kencing manis (gestational diabetic). Selalunya ia bersifat sementara sahaja dan akan hilang bila anak dilahirkan. Ibu-ibu yang mengalami kencing manis jenis ini hendaklah menjaga pemakanan mereka. Ada juga yang memerlukan pengambilan insulin.
Komplikasi-komplikasi akibat sakit kencing manis:
Sekiranya tidak ditangani dengan betul, kencing manis boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih teruk lagi. Masalah-masalah ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan, oleh itu pemeriksaan berjadual adalah sangat-sangat digalakkan.
Hyperglycaemia:
Penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan stroke (angin ahmar). Ini merupakan punca kematian akibat kencing manis yang paling kerap berlaku. Pesakit kencing manis mempunyai risiko 2 hingga 4 kali ganda diserang penyakit jantung dan 5 kali ganda diserang stroke.
Kerosakan buah pinggang:
Hampir 50% daripada semua kes baru penyakit buah pinggang berlaku di kalangan pesakit kencing manis.Masalah mata seperti menjadi buta, cataracts dsb. Kencing manis adalah punca utama bagi mereka yang berusia 25 hingga 74 tahun menjadi buta.Luka menjadi lambat sembuh dan boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di bahagian (selalunya) jari kaki dan kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu dipotong.Jangkitan kuman senang berlaku. Bagi wanita selalu berlaku jangkitan pada alat sulit.Kerosakan pada saraf seperti merasa kebas, dsb. Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis yang berpenyakit ini melebihi 25 tahun akan mengalami kerosakan saraf.
Apa yang harus dilakukan sekiranya pesakit didapati menghidap penyakit ini?
Pengambilan ubat-ubatan. Sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil apa-apa ubat:
Ubat-ubatan konvensional :
Ubat yang ada dipasaran adalah seperti Amaryl, Avandia, Daonil (glibenclamide), metformin (Glucophage), acarbose, Diamicron dsb. Jenama yang lebih baru seperti Diamicron, Amaryl dan Avandia adalah lebih berkesan. Kami tidak akan menghuraikan secara detail ubat-ubat ini. Setiap pesakit perlu membuat pemeriksaan sebelum mula mengambil ubat-ubatan tersebut. Sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau ahli farmasi yang berhampiran pesakit berkenaan ubat-ubat ini.
Insulin:
Insulin selalunya digunakan oleh pesakit Type I. Pesakit Type II juga ada yang menggunakan insulin sekiranya ubat-ubatan yang diambil tidak lagi berkesan. Insulin hanya ada dalam bentuk suntikan kerana ia dicerna oleh sistem perhadaman kira sekiranya di ambil melalui mulut. Ada 3 jenis insulin utama iaitu short-acting, medium acting dan long acting. Setiap individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari.
Makanan tambahan dan herba:
Antara makanan tambahan yang boleh dicuba ialah seperti yang dinyatakan di bawah. Bagaimanapun adalah penting untuk pesakit sentiasa mengawasi dan memeriksa kandungan gula di dalam darah mereka. Ubat biasa pula tidak boleh diberhentikan secara mendadak semasa mengambil herba-herba ini.
Gymnema:
Herba ini sangat bagus sebagai 'penapis' gula. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan ia seperti Chitosan yang menapis lemak. Ambil herba ini (ada dalam bentuk teh) sebelum pengambilan makanan bergula dan gula tidak diserap dalam badan. Boleh didapati dikebanyakan farmasi.
Chromium:
Chromium memainkan peranan penting dalam glucose tolerance factor (GTF). Pesakit juga boleh mengambil brewers yeast yang banyak mengandungi chromium. Pesakit diabetik menghadapi risiko kerosakan saraf seperti kerosakan saraf mata. Ambil vitamin yang baik untuk saraf terutamanya B1, B6 dan B12.
Pemakanan harian yang lain:
Pengawalan pemakanan adalah perkara penting dalam pengendalian kencing manis. Pesakit perlulah makan makanan yang seimbang. Spirulina adalah produk yang baik untuk tujuan ini. Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat. Pengambilan makanan secara tetap, contohnya tiga kali sehari. Cuba mengurangkan berat badan untuk mencapai berat ideal. Karbohidrat ringkas hendaklah dijauhkan. Ini termasuklah gula (putih dan merah), glukosa (seperti Glucolin, dsb) dan madu. Antara contoh-contoh lain yang perlu pesakit jauhi ialah coklet, ais krim, minuman yang bergula seperti Milo, teh tarik, Coca Cola, Pepsi, dsb., air tebu, cendol, ais kacang, dan sebagainya.
Karbohidrat yang kompleks boleh diambil secara sederhana. Makanan jenis ini lebih lambat dicerna oleh badan, oleh itu ia tidak menyebabkan kenaikan kadar gula yang mendadak di dalam darah. Ini termasuklah nasi, kentang, jagung, kekacang, capati, thosai, oat, mi, roti wholemeal dan sebagainya.
Karbohidrat asli iaitu buah-buahan dan susu perlu juga diambil secara sederhana. Semua buah mengandungi gula, oleh itu pengambilannya hendaklah juga dihadkan. Begitu juga, jus buah-buahan walaupun ia tidak ditambah dengan gula, haruslah tidak diambil berlebihan. Susu pula mengandungi gula asli di dalamnya. Pengambilannya hendaklah tidak melebihi lebih kurang 240ml sehari.
Amalkan pengambilan pengganti gula seperti jenama Equal, Lo-cal, Nutra-Sweet, Pal-Sweet dsb. Ia mengandungi kalori yang lebih rendah daripada gula biasa. Kini terdapat jem buah-buahan yang tidak mengandungi gula. Begitu juga, kini terdapat susu khusus untuk orang yang menghadapi masalah kencing manis. Ambil lebih vitamin C dan Zink.
Pengambilan vitamin E boleh juga mengurangkan kesan-kesan komplikasi kencing manis. Pengambilan gamat (tanpa gula) untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Makanan yang boleh diambil tanpa had termasuklah:
Cecair - air kosong, kopi atau teh tanpa gula, dsb.
Tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.
Herba seperti cili, lada, cuka, dsb.
Senaman:
Senaman yang kerap dan berterusan selama lebih kurang 30 minit tiga atau empat kali seminggu boleh membantu pesakit kencing manis. Lagipun, pesakit yang mempunyai berat badan yang tinggi boleh menurunkan berat badan mereka dengan senaman yang teratur. Bagaimanpun, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pesakit terlebih dahulu, terutamanya kepada pesakit Type I, yang mungkin perlu menukarkan dos pengambilan insulin harian mereka.
Penjagaan diri:
1)Mata
Pesakit kencing manis perlulah menjalani pemeriksaan mata mereka pada masa-masa yang telah ditetapkan. Pesakit kencing manis kerap merasai kabur penglihatan. Ini adalah tanda bahawa kawalan gula di dalam darah mereka tidak baik. Sekiranya ia berterusan, ada kemungkinan berlakunya kerosakan kepada lensa mata dan ini akan menyebabkan diabetic cataract. Pengambilan vitamin B1+B6+B12 secara berterusan perlu diamalkan.
2)Kulit.
Penjagaan kulit hendaklah dititikberatkan. Luka, walaupun sedikit perlukan rawatan segera. Sekiranya tidak, dikhuatiri ia akan melarat dan menyebabkan gangrene (kulit menjadi buruk dan hitam) terutamanya di bahagian kaki. Penjagaan kaki hendaklah juga dititikberatkan. Pesakit yang lebih tua selalunya mempunyai pengaliran darah ke bahagian kaki yang lebih buruk berbanding orang muda. Jangkitan kuman lebih mudah berlaku.
3)Gigi.
Seperti kulit juga, sedikit sahaja luka di dalam bahagian mulut boleh menyebabkan jangkitan kuman, dan ini boleh membahayakan. Pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan gigi setiap enam bulan sekali.
Pemerhatian kandungan gula di dalam darah
Pesakit kencing manis perlu sentiasa membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam darah mereka. Ini dapat dilakukan di klinik, farmasi (RM 5.00 sekali check) ataupun dirumah. Bagaimanapun anda perlu membeli alatnya terlebih dahulu. Sila rujuk kepada carta kandungan gula yang ideal seperti di bawah ini.
Selain daripada memeriksa kandungan gula di dalam darah, anda juga boleh membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam air kencing. Bagaimanapun ia tidaklah setepat ujian darah.
Perkara-perkara berkaitan dengan kencing manis:
Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)
Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock".
Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila:
berlakunya pertambahan dalam aktiviti yang berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin.
pesakit makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal.
terlebih ambil insulin.
lambat atau tidak makan.
mengambil alkohol berlebihan.
Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta.
Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah. Antara tanda-tandanya ialah:
*Berpeluh (sejuk).
*Tangan menggeletar (trembling).
*Rasa lapar.
*Penat.
*Pening.
*Degupan jantung bertambah.
*Rasa keliru (confused) dan 'moody'.
Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera.
Hyperglycaemia (Hyper = tinggi, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)
Kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi daripada normal kerana beberapa sebab, antaranya:
*Tidak mengambil ubat atau insulin seperti sepatutnya.
*Makan berlebihan.
*Kurang bersenam.
*Tidak merasa sihat (seperti demam, perubahan hormon, dsb).
Bila ini berlaku, pesakit akan merasa:
*Dahaga yang sangat kuat.
*Lapar yang datang tiba-tiba.
*Selalu kencing, lebih-lebih lagi waktu malam.
*Lemah badan.
*Turun berat badan.
*Penglihatan kabur.
*Jangkitan kulit mudah berlaku.
*Kulit kering.
*Rasa kebas-kebas atau sakit pada kaki atau tangan.
Diabetic ketoacidosis:
Sekiranya kawalan gula badan pesakit tidak baik, sel-sel badan tidak boleh lagi menggunakan glukosa dari dalam darah. Bila ini berlaku, sel-sel lemak (fat cells) akan dipecahkan oleh badan pesakit sebagai sumber tenaga pesakit.
Dalam proses pemecahan lemak ini, ketone akan dikeluarkan terutamanya di dalam air kencing. Bila ini berterusan, pesakit akan merasa:
*Kencing yang sangat kerap.
*Dahaga yang sangat kuat.
*Pening kepala, muntah dan sakit perut.
*Pernafasan yang dalam. Nafas pesakit berbau seperti buah-buahan (bau ketone).
*Kekeliruan berlaku (confusion).
Sekiranya tidak dirawat, ketone akan berkumpul dan menjadi tinggi kandungannya. Darah akan menjadi asid dan ini merosakkan tisu-tisu badan. Kematian boleh berlaku. Silalah dapatkan rawatan segera sekiranya pesakit merasa 'tidak sedap badan'.
Insulin Resistance (IR)
IR bermakna respons biology yang menurun terhadap insulin yang ada di dalam darah. Akibatnya :
sel-sel otot dan sel-sel lemak tidak berupaya menggunakan glukosa.
hati (liver) pula akan menambah pengeluaran glukosa yang mengakibatkan kencing manis.
Bila berlakunya IR, badan akan mula menambah pengeluaran insulin dari pankreas. Akhirnya pankreas tidak lagi berupaya mengeluarkan insulin yang cukup. Dengan itu glukosa tidak akan dapat di”metabolisma”kan dengan betul. Kesudahannya kandungan gula (glukosa) dalam darah akan sentiasa tinggi.
Insulin juga mengawal kandungan Free Fatty Acid (FFA) dalam darah. Bila kandungan insulin tidak menentu, kandungan FFA juga bertukar. Selalunya pesakit kencing manis mempunyai kandungan FFA yang tinggi. Kandungan FFA yang tinggi pula mengakibatkan hati (liver) mengeluarkan lebih banyak glukosa. TRansfer Factor adalah satu produk yang boleh merawat penyakit kencing manis ini.Ramai diantara doktor2 menyarankan tentang penggunaan produk ini.Ramai pesakit2 Diabetis berpuas hati dengan keberkesanan Transfer Factor.
Puasa Pesakit kencing manis yang tidak teruk boleh berpuasa seperti biasa. Sedikit penyesuaian mungkin diperlukan. Sila rujuk dengan doktor anda sekiranya anda rasa anda perlu menukar cara pemakanan anda.
posting di atas bukanlah penyelesaian sepenuhnya terhadap penyakit kencing manis. Nasihat doktor dan pakar perubatan masing-masing harus dirujuk terlebih dahulu sebelum mengikut apa-apa maklumat yang diberikan.
sumber : sumber-alam4u
No comments:
Post a Comment