www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Monday, June 6, 2011

INFO - FAHAMI KOD @ SIMBOL BAHAYA PADA BOTOL PLASTIK YANG ANDA GUNAKAN!

Mungkin bagi sebahagian pembaca tidak asing lagi dengan simbol segitiga yang disertai dengan angka di bawah botol air mineral ataupun peralatan sehari-harian yang digunakan khususnya yang diperbuat daripada plastik. Sebagian besar pengguna pastinya ramai yang belum benar-benar memahami apakah maksud simbol-simbol itu. Di sini mungkin ada sedikit informasi yang dapat dikongsi dari beberapa sumber mengenai maksud simbol ini sehingga kita dapat lebih berwaspada dan bijaksana menggunakan medium ini.

Sebenarnya kod-kod itu dikeluarkan sejak tahun 1998 oleh The Society of Plastic Industry di Amerika Syarikat dan yang kemudiannya menjadi panduan oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kod seperti ISO (International Organization for Standarization). Secara umumnya kod yang dikeluarkan harus berada atau terletak pada bahagian bawah, bentuk segitiga, di dalam segitiga terdapat angka dan terdapat nama jenis plastik di bawah segitiga. Kod atau simbol ini pula ada 10 jenis tanda pengenalan plastik. Berikut adalah penjelasannya :



1. PETE atau PET 
Biasanya tanda ini tertera logo kitar semula dengan angka 1 di tengahnya terus ada tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Ia digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih / transparen / tembus pandang contohnya botol air mineral, botol jus dan hampir semua botol minuman lainnya. Perlu ditekankan di sini bahawa untuk botol jenis PET atau PETE  hanya boleh digunakan SEKALI SAHAJA, kerana jika terlalu kerap diulang pakai atau sering digunakan untuk menyimpan air hangat maupun panas ia akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol akan meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik yang mana dalam jangka panjang  akan menyebabkan kanser.
Bagi para pekerja yang terlibat dengan pembuatan PET ataupun kitar semula plastik PET harus waspada kerana di dalam proses pembuatan PET terdapat bahan yang disebut antimoni trioksida. Bahan Antimoni Trioksida mampu masuk ke dalam tubuh melalui sistem pernafasan iaitu akibat terhidu debu yang mengandung bahan ini. Dalam jangka waktu lama ia akan mengakibatkan radang kulit dan saluran pernafasan. Bagi pekerja wanita bahan ini dapat meningkatkan masalah menstruasi dan keguguran, dan bila melahirkan, anak mereka kemungkinan besar akan mengalami pertumbuhan yang lambat hingga usia 12 bulan. Di dunia industri, bahan plastik PET untuk serat sintetik (sekitar 60%), di industri tekstil pula PET biasa digunakan dengan polyester, bahan asas botol kemasan 30%.


2. HDPE 

Biasanya tanda ini tertera logo kitar semula dengan angka 2 di tengahnya dan ada tulisan HDPE (High Density Polythylene) di bawah segitiga. Biasanya diguna pakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, galon air minum, kursi lipat dan lain - lain. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, dan lebih tahan terhadap suhu tinggi.  Meskipun HDPE termasuk salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan / minuman yang dikemasnya tapi dicadangkan hanya untuk SEKALI PEMAKAIAN saja karena pelepasan bahan antimoni trioksida akan meningkat sepanjang waktu.


3. PVC atau V 
Biasanya tertulis berwarna merah dengan angka 3 di tengahnya disertai tulisan V. Arti V iaitu menunjuk pada PVC (Polyvinyl Chloride) iaitu jenis plastik yang paling sukar untuk dikitar semula. Simbol ini selalunya terdapat pada plastik pembungkus (Cling Wrap), dan botol-botol. Jika PVC digunakan untuk makanan sangat berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.


4. LDPE 
Biasanya tergambar logo kitar semula dengan angka 4 di tengahnya serta tulisan LDPE. LDPE bermaksud "Low Density Polyethylene" iaitu plastik jenis coklat (Thermoplastic / dibuat dari minyak bumi), yang biasanya diguna pakai untuk bekas makanan, plastik kemasan dan botol-botol lembut. Sifatnya yang sangat kuat, tembus pandang, fleksibel dan permukaan agak berlemak, pada suhu 60 darjah selsius sangat kuat rintangan terhadap reaksi kimia, daya perlindungan tinggi terhadap wap air, dapat dikitar semula serta baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibiliti tetapi kuat. Barang yang berbahan LDPE sangat sukar untuk dihancurkan tetapi baik untuk tempat makanan kerana sukar bertindakbalas kimia dengan makanan.



5. PP

Biasanya terdapat logo kitar semula dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP. PP adalah singkatan bagi perkataan Polipropilen dan sifatnya lutcahaya yang tidak jernih atau berwarna. Bahan ini lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, tahan terhadap lemak, stabil pada suhu tinggi. Bahan ini merupakan BAHAN PLASTIK TERBAIK, baik untuk tempat makanan dan minuman.



6. PS 
Biasanya terdapat logo kitar semula dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. Biasanya diguna pakai untuk tempat makanan styrofoam, bekas minuman sekali guna, dan lain-lain. PS ini adalah polystyrene yang merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene kedalam makanan apabila bersentuhan dengan makanan. Selain tempat makanan, styrene juga boleh diperolehi dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan buangan sisa industri. Bahan ini harus dihindari kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ia juga dapat mengganggu hormon estrogen pada wanita yang boleh mengakibatkan masalah reproduksi dan pertumbuhan sistem saraf. Bahan jenis ini sukar untuk dikitar semula dan jika dapat dikitar semula pun ia memerlukan proses yang sangat panjang dan lama. Cara lain untuk mengidentifikasi tentang kandungan PS dalam wadah yang tidak tertera angkanya iaitu jika dibakar akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga maka ia positif mengandung PS ini.

7. OTHER 
Biasanya tergambar logo kitar semula dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis ini ada 4 jenis iaitu :
1. SAN - styrene acrylonitrile 
2. ABS - acrylonitrile butadiene styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon. 

Ia dapat ditemui pada bekas makanan dan minuman seperti botol air minuman olahraga, bahagian dalaman kereta, peralatan dapur, komputer, alat-alat elektronik dan plastik kemasan. 

SAN dan ABS memiliki rintangan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penapis kopi, dan berus gigi, manakala ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. Merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam kemasan makanan ataupun minuman.

PC – atau Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi, cawan kanak-kanak (sippy cup), botol minum polikarbonat, dan bekas kemasan makanan dan minuman, termasuk bekas susu formula. Ia dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovarium, penurunan tahap pengeluaran sperma, dan mengubah fungsi imunisasi. Adalah disarankan untuk tidak digunakan sebagai tempat makanan ataupun minuman.


Ironinya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan iaitu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.


"Dari penjelasan diatas kita harus dapat membezakan bahan plastik mana yang selamat dan yang harus sekali pakai misalnya".


1. Bahan yang berkod 1, 3, 6, dan 7 (PC) harus digunakan sekali pakai karena memiliki bahaya secara kimia.

2. Bahan yang berkod 2, 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS) selamat digunakan.

sumber : jeramaju

No comments:

Post a Comment