www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Wednesday, April 27, 2011

BERMINATKAH ANDA MEMILIKI BARANG-BARANG YANG TERMAHAL INI

1. Basikal Termahal


Mencapai harga $ 102,417.60 dan di hasilkan hanya 10 unit dari Aurumania. Basikal ini di hiasi emas 24K dan di hiasi lebih dari 600 kristal Swarovski yang diletakkan di seluruh basikal. Sehingga ketika ini masih memegang "Basikal termahal di dunia"

2. Kereta Termahal 


Bugatti Veyron dengan kelajuan yang terpantas dan paling kukuh di dunia untuk ketika ini merupakan
kereta termahal di dunia dengan harga US $ 1.5 juta.

3. I-Phone Termahal 

IPhone mewah ini dicipta oleh Ahli perhiasan Austria Peter Aloisson. Dia telah mencipta rekod untuk dirinya sendiri dengan menghasilkan telefon paling mahal di dunia, dengan harga £ 1.636.000 ($ 2.517.345). Apple iPhone 3G ini telefon yang paling mewah untuk ketika ini yang dibuat dari emas kuning 18-karat, emas putih dan rose gold. Lihat garis berlian, terdapat total 138 unit berlian dengan kualiti yang terbaik. Butang utamanya dengan berlian 6,6 karat.


4. Sport Rim Termahal 
Di buat dari emas 24 karat, sport rim  19-inch yang sempurna untuk jalan-jalan di dunia yang paling mewah harganya sekitar $ 6.000. Jadi untuk 1 set sport rim bagi sebuah kereta, memerlukan sekitar $ 24.000 belum termasuk tayarnya.

5. Gantungan Pokok Krismas Termahal 
Ini adalah perhiasan pokok krismas yang paling mahal di dunia. Pada tarikh 10 Julai di Krebs Glas Lauscha syarikat di Lauscha GmbH, Jerman. Krebs Glas Lauscha telah menghiasi kaca tembus bola dengan gaya lembut padat emas 12 karat dan 120 berlian rapi dengan jumlah berat 5,1 karat. Perhiasan ini mencapai harga 20.000 Euro ($ 31.400) per potong. Bayangkan jika satu pokok krismas terdapat 100 buah perhiasan seperti ini. Hitung sendiri ya! untuk mengetahui jumlah keseluruhan yang baru hiasannya saja belum lagi lampu-lampunya.

6. Cognac Termahal 
Cognac, seperti Champagne di buat Oleh Cognac Interprofessionel Nasional (BNIC) kawasan sekitar bandar Cognac daerah Perancis. Wain ini di buat oleh Henri IV Dudognon yang disebut Heritage yang telah menghasilkan anggur ini sejak 1776, wain khas ini berusia selama 100 tahun, Cap / Jenama pada botolnya dicelup dalam Sterling emas 24k dan platinum, botol itu dihiasi dengan kira-kira 6,500 berlian cemerlang yang di hasilkan oleh designer, perhiasan Jose Davalos.Harga akhir Cognac mahal ini adalah 1 juta poundsterling (sekitar $ 2 juta USD).

7. Cocktail Termahal 
Koktail Krismas dengan harga $ 71.011 untuk satu gelas disediakan oleh sebuah club malam The Movida yang merupakan syurga bagi selebriti, bintang bola sepak dan orang-orang kaya. Sejumlah cognac Louis XII, setengah botol champagne Cristal Rose, sedikit gula, Angostura pahit, dan beberapa serpihan dari emas 24-karat yang boleh dimakan, dicampur bersama-sama untuk membentuk koktel mewah. Untuk gelasnya dihiasi sebuah Cincin berlian putih 11-karat. Untuk segelas koktel ini akan dijaga oleh dua penjaga keselamatan, yang akan mengawasi meja pelanggan sehingga mereka telah menikmati seluruh minuman.

8. Parfum Termahal 
Disediakan oleh Clive Christian. Boleh dikatakan parfum ini sesuai untuk para raja.Setiap botol parfum dengan harga mencapai £ 115,000. Anda boleh membelinya di beautique.com. Botolnya di buat dari kristal Baccarat menakjubkan dengan mahkota Ratu Victoria yang diberikan pada tahun 1872 dipasang di atasnya. Isian botol 500ml dari Clive Christian dari gred No.1. Dijamin, anda tidak akan boleh mendapatkan sampel wangian ini untuk mencium aromanya.

9. Vacuum Cleaner Termahal 
Vacuum cleaner termahal di dunia adalah trilobite Electrolux 2.0. Mesin yang luar biasa dengan harga $ 1799.00 ini adalah sebuah alat pembersih debu seni yang direka dan dibangunkan oleh Syarikat gergasi Elektronik Sweden Electrolux.

10. Televisyen Termahal 
Sebuah kilang Itali telah menghasilkan sebuah TV LCD paling mahal di dunia.Televisyen mewah 'Yalos Diamond' TV ini penuhi dengan 160 berlian asli 20 karat.TV LCD paling mahal di dunia ini dipamerkan di IFA, Berlin. Televisyen ini mencapai harga $ 130,000.

11. Champagne Termahal 

Champagne paling mahal dengan harga $ 6.485 pada botol dan memecahkan rekod telah dijual pada tarikh 20 Mac. Kini muncul edisi terhad 12-set tempat botol Perrier-Jouet champagne yang bernilai $ 78.780 per botol, dan hanya terbatas pada suatu "komuniti super-kaya" pelanggan (100 orang) di Amerika Syarikat, Britain, Jepun, China, Russia, Switzerland dan Perancis

12. Pizza Termahal 
Koki Domenico Crolla telah mencipta Pizza yang paling mahal di dunia. Pizza yang ditaburi dengan parutan emas 24-karat yang boleh dimakan. Dengan berlapis emas, pizza ini diberi nama "Royale 007 Pizza" mengikuti selera mahal agen James Bond. Pizza ini basah dengan champagne Kaviar dan lobster direndam dalam cognac terbaik. Pizza emas siap dengan hidangan mewah dan dijual dengan harga $ 3,700.

13. Kemeja Termahal 
Eton melancarkan kemeja paling mahal, iaitu Eton Diamond Shirt. Kemeja eksklusif ini bernilai $ 40,000.00. Tenunan dari kapas Mesir terbaik dan terperinci dengan butang berlian berwarna alami.

14. Teddy Bear Termahal 
Boneka Beruang yang punya mulut di buat dari emas dan bulu yang di buat dari benang emas. Dengan mata dari permata safir. Di hasilkan untuk ulang tahun yang ke 125 Syarikat Steiff yang hanya membuat sejumlah 125 unit saja.

Dengan harga 62.446 Euro (sekitar $ 84,000 USD) bagi kaum berduit yang sayang puterinya tentu akan membeli. Masalahnya bukan harga tapi sukarnya untuk di temukan. 

15. Uncang Teh Termahal 
Pada perayaan ulang tahunnya yang ke-75, Boodles Komisioning telah membuat Uncang Teh paling mahal di dunia. Kantong teh dibuat dengan 280 berlian dalam masa tiga bulan untuk menempatkan bersama. Jumlah pembiayaan: $ 12,900! Kantong teh disumbangkan kepada badan amal untuk Manchester Childrens 'Hospital di Inggeris'. 

sumber : haxims

No comments:

Post a Comment