www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Sunday, April 24, 2011

CUKUP BERANIKAH ANDA BERMAIN DENGAN PERMAINAN ROLLER COASTER YANG PALING MENDEBARKAN INI?

1. Top Thrill Dragster (Cedar Point, Sandusky, Ohio)
Di tahun 2003, Top Thrill Dragster dinobatkan sebagai roller coaster terpantas dan tertinggi di dunia. Kepantasannya boleh mencapai 193 km / jam dengan ketinggian mencapai 128 m. (Bersamaan dengan  bangunan 42 tingkat).
2. Drop Zone (Paramount Kings Island, Kings Island, Ohio)
Sebenarnya tidak terlalu istimewa dengan Drop Zone, anda hanya duduk di kerusi yang ada, diangkat sampai ketinggian 92M (bersamaan 27 tingkat), kemudian anda "dijatuhkan" dengan kelajuan sehingga 115 km / jam.
3. Kingda Ka (Six Flags Great Adventure in Jackson, NJ)
Kingda Ka menjadi roller coaster tertinggi dan terpantas di dunia pada

tahun 2005. Ketinggiannya mencapai 138 m dengan kelajuannya 205 km / jam.
4. Tower of Terror (Dreamworld, Gold Coast, Australia)
Sesuai dengan namanya, tower yang satu ini akan membuat jantung anda tertinggal di atas kerana kelajuannya mencapai 160 km / jam dengan ketinggian setara dengan 38 tingkat (+ / - 129 m).
5. The Incredible Hulk Coaster (Islands of Adventure, Orlando, Fla.)
Panjangnya mencapai 1.127 m dengan kelajuan maksimum mencapai hingga 107,8 km / jam. Tidak setinggi dan sepantas yang lain tetapi dijamin anda akan merasa seperti naik pesawat pejuang F-16 yang terkenal itu.
6. Superman Ride of Steel (Six Flags New England, Agawam)
Sesuai dengan namanya, anda akan diajak "terbang" sampai kelajuan mencapai 124 km / jam. Kereta ini akan mengajak anda meluncur diatas ketinggian 67 m dengan sudut cerun mencapai 70 °
7. Colossus (Thorpe Park, Surrey, England)
Satu-satunya yang akan membuat anda mungkin muntah adalah keretanya yang akan berputar sebanyak 4 kali berturut-turut dan anda akan merasa seperti sebuah mur yang sedang dipasang ke dinding tetapi dengan kelajuan tinggi. Atau mungkin lebih seperti sebuah gasing?
Jumlah pusingan sendiri dalam permainan ini ada 10 kombinasi pusingan.
sumber : juandry

No comments:

Post a Comment