www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Sunday, April 24, 2011

SEDIKIT INFO TENTANG PRODUK KRAFTANGAN

1. Tepak Sirih
Tepak sirih diperbuat daripada bahan tembaga. Lazimnya ia digunakan pada waktu upacara peminangan dan pernikahan. Seni kerja tangan masih giat dijalankan terutama di negeri Terengganu.
















2. Tembikar
Tembikar daripada tanah liat dikenali sebagai labu sayong di negeri Perak. Di negeri Perlis ia dikenali sebagai kechor manakala di negeri Pahang ia dikenali sebagai terenang. Gambar produk tembikar ini telah ditambah
nilai dengan diletakkan perak dan tembaga, bermotif tradisional Melayu untuk menambah nilai komersialnya.
















3. Kain Tenun Pahang
Kain Tenun Pahang banyak diusahakan di Daerah Pekan, Pahang. Keistimewaannya terletak pada corak berpetak atau berjalur yang kadangkala diselitkan dengan sedikit benang emas atau perak sebagai hiasan tambahan.
















4. Batik
Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudiannya diletakkan dengan pelbagai warna yang menarik. Industri batik sangat berkembang di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu. Pada masa kini batik telah dipelbagaikan penggunaannya bukan sahaja dijadikan pakaian malahan kelengkapan dan hiasan rumah.
















5. Produk Anyaman Ribu-Ribu
Produk kraf ribu-ribu dihasilkan dari sejenis tumbuhan ribu-ribu (Rinago) atau nama saintifiknya Lygodium yang dijadikan bahan anyaman. Produk ini dihasilkan oleh suku kaum Rungus di Daerah Kudat, sabah. Produk yang dihasilkan antaranya adalah bekas serbaguna.
















6. Produk Perak
Produk perak dihasilkan daripada logam jenis perak yang pada kebiasaannya turut diukir motif tradisional Melayu. Lazimnya perak banyak dihasilkan di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan.
















7. Tenunan Dastar
Tenunan dastar merupakan tenunan asli Sabah yang terkenal dari suku kaum Bajau dan Iranum di Daerah Kota Belud, Kudat dan Semporna. Tenunan dastar biasanya digunakan oleh kaum lelaki sebagai tanjak (tengkolok) dan dipakai semasa upacara kebesaran atau majlis perkahwinan.

















sumber : kraftangan m'sia

No comments:

Post a Comment