www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Tuesday, April 19, 2011

10 GUNUNG YANG MUNGKIN PALING MERBAHAYA UNTUK PARA PENDAKI

1. Annapurna, Central Nepal (26,545 ft.)
Gunung ini gunung ke-10 tertinggi di dunia. 130 pendaki sudah pernah sampai ke puncaknya. Tapi 53 pendaki telah tewas ketika mencobanya, membuatkan bilangan kematian di Annapurna mencapai 41% atau yang tertinggi di dunia.
2. Nanga Parbat, Kashmir (26,657 ft.)
Juga digelar "The Man Eater", gunung dengan sisi tajam di Kashmir ini terdiri atas
batuan dan salju. Puncaknya ke-9 tertinggi di dunia, sedangkan sisi selatannya merupakan the tallest mountain face on the planet. Nanga Parbat telah mengorbankan 31 nyawa sebelum dapat didaki sampai ke puncak oleh Herman Buhl in 1953.
3. Siula Grande, Peruvian Andes (20,814 ft.)
Pada tahun 1985, duet Joe Simpson and Simon Yates, yang pendakiannya diabadikan dalam buku dan film Touching the Void, berusaha memanjat sebelah barat Siula Grande: yang mana pendakian vertikal yang belum pernah berjaya.

Mereka sampai ke puncak, tapi Simpson jatuh saat turun dan kakinya patah. Yates berusaha menurunkan Simpson memakai tali namun kemudian tidak dapat melihatnya kerena dihalang oleh tebing. Setelah sejam berlalu, Yates memotong talinya. Apa yang ajaib, Simpson terselamat meskipun jatuh 30 meter kedalam celah salji.

Dia cuba bertahan untuk hidup selama 3 hari dengan hanya memakan salji dan akhirnya dapat kembali ke khemah. Ketika Simpson tiba dikhemahnya, Yates sedang dalam persiapan mahu meninggalkan khemah kerena menganggapnya sudah meninggal dunia.
4. K2, perbatasan Pakistan dan China (28,251 ft.)
Gunung ke-2 tertinggi di dunia, dikatakan berisiko bagi pendaki perempuan. Perempuan pertama yang berjaya mencapai puncaknya adalah Wanda Rutkiewicz pada June 1986. Dalam 18 tahun seterusnya, semua lima pendaki perempuan yang berjaya mencapai puncaknya telah mati.

Tiga orang mati ketika turun dari K2, dua mati di gunung di berhampiran. Rutkiewicz juga mati di gunung di berhampirannya iaitu Kangchenjunga pada tahun 1992. Kritikan ini akhirnya terlerai apabila pada tahun 2004 oleh Edurne Pasaban, pendaki perempuan berusia 31 tahun dari Spanyol berjaya membuat pendakian dan  masih tetap hidup sehingga kini.
5. Kangchenjunga, perbatasan India dan Nepal (28,169 ft.)
Pada tahun 1999, terdapat babak dalam filem James Bond telah dilakonkan di gunung ini. Gunung ini terkenal dengan longsor saljinya dan tahap kedinginan sehingga menjadi antara gunung yang merbahaya.
6. The Matterhorn, perbatasan Swiss dan Italy (14,691 ft.)
Pada zaman sekarang, bahaya paling besar di Matterhorn adalah kerana popularitinya. Para pelancong yang bersemangat selalu memjadikan batu-batu runtuh dan menimpa para pendaki di bawahnya.
7. Everest, perbatasan Nepal dan China (29,029 ft.)
Jika melihat pada ketinggiannya, mungkin ia dianggap gunung yang paling merbahaya. Tapi ternyata Everest hanya memiliki tahap kematian 9% mahupun banyak yang telah cuba mendakinya setiap tahun.
8. Mt.Washington, New Hampshire (6,288 ft)
Terkenal dengan cuaca yang sering berubah, angin kencang dan hujan ais sehingga telah menggagalkan pendakian 100 pendaki. Bahkan pernah mencatat rekod angin paling kencang yang berkelajuan 231 mil per jam.
9. Denali, Alaska (20,320 ft.)
Gunung ini sering dilanda gempabumi. Kombinasi ketinggian dan garis lintangnya menjadikan pendaki menjadi gentar. Kadar oksigen di Denai jauh lebih rendah jika dibanding dengan gunung terdapat di khatulistiwa.
10. Mt.Fuji, Japan (12,388 ft.)
Adakala gunung yang rendah juga sering membunuh. Di kaki gunung Fuji terdapat kawasan yang disebut Lautan Pohon (Sea of Trees), sebuah kawasan yang dipenuhi pohon pinus dan lainnya yang merupakan satu-satunya kawasan yang tidak dilanda aliran lahar dalam letusan besar tahun 1707.

Di Jepun, hutan itu juga disebut Aokigahara, dan sering dianggap sebagai tempat yang sesuai untuk mati. Banyak kedengaran tentang kejadian aneh di sini, warga setempat menceritakan soal daerah bermagnet yang boleh memeningkan orang ramai. Sementara populasi hutannya banyak dihuni ular, anjing liar dan kadang-kadang penampakkan hantu.







sumber : blogkempul

No comments:

Post a Comment