www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Sunday, May 29, 2011

SEJARAH YANG MENARIK TENTANG KOMPUTER APPLE DARI PRODUK TERAWAL HINGGA KINI!


Apple inc. dan Sejarah nya

Apple Computer (sekarang dikenali sebagai Apple.Inc) adalah kekuatan utama dalam revolusi Personal Computer (PC) yang berlangsung pada tahun 1970-an dan '80s. Dan boleh dikatakan revolusi itu terus menerus berlangsung hingga kini berkat inovasi yang terus-menerus dilakukan oleh pihak pemaju Apple. Namun tahukah anda, Apple pernah mengalami kejatuhan, atau hal-hal lain sepanjang kerjaya gemilang Apple inc. ? Dibawah ini sedikit sejarah berkaitan Apple yang menarik untuk dikongsikan bersama.

STEVE JOBS DENGAN MACBOOK AIR-NYA
Sebelum Steve Wozniak bersama Steve Jobs mendirikan Apple, Steve Wozniak adalah seorang hacker. Kepandaian Steve Wozniak ini memang terbukti sejak dia masih kecil yang sangat gemar mempelajari berkaitan algibra dan algoritma matematik. Kemampuan Steve Wozniak ini tentunya sangat bererti dalam mencongak hidupnya kerana baik Steve Wozniak dan Steve Jobs semasa mudanya tergolong dalam golongan orang-orang dengan ekonomi tahap pertengahan ke bawah.

THE ALTAIR 8800 COMPUTER KIT (JANUARY 1975)
Pada tahun 1975, Steve Wozniak bekerja di Hewlett-Packard dan membantu rakan-Nya Steve Jobs merekabentuk video game untuk Atari. Dari keuntungan yang diperolehi, mereka menggunakannya untuk membeli sebuah komputer yang sangat sederhana, iaitu salah satu produk dari Call Computer yang dihasilkan oleh Alex Kamradt untuk mempelajari mekanisma yang digunakan. Setelah melihat buku mengenai membina perkakasan computer sendiri pada suatu majalah berjudul Online Electronics terbitan tahun 1975, "double steve" ini menghasilkan sendiri komputer dengan spare part yang ada. Computer Conversor yang direka tersebut terdiri daripada 24 baris dan 40 medan, hanya menggunakan huruf capital, dengan menggunakan monitor berupa video Teletype dan boleh disambungkan dengan Call Computer. Alex Kamradt memberi respon positif perkara ini dan bekerja sama dengan Steve Wozniak untuk menjual produk rekaan tersebut melalui firma dagang yang dimiliki Kamradt.

ALTAIR 8800 COMPUTER DENGAN FLOPPY DISK BERUKURAN 8 INCH
Pada tahun 1975, Wozniak mengadakan pertemuan di Homebrew Computer Club. Pada pertemuan tersebut Microcomputers baru iaitu seperti Altair 8800 dan IMSAI dihasilkannya dicadangkan untuk menggunakan mikropemproses ke dalam video Teletype dan dengan ini akan lengkaplah computer yang dirancangkannya.
Pada ketika itu hanya terdapat microcomputer CPU Intel 8080 dijual dengan harga US $ 179 dan Motorola 6800 pula berharga US $ 170. Wozniak berniat bekerja sama dengan Motorola, namun ketika itu mereka masih belum bertemu kata sepakat kerana range harga yang diminta baik Intel maupun Motorola jauh dari range budget mereka. Namun Wozniak tidak menyerah kalah. Ia melihat, mempelajari dan merekacipta skema computer pada kertas. Dalam fikirannya, membuat CPU hanyalah tinggal menunggu hari saja.
Ketika MOS Technology 6502 cip (sekarang bateri CMOS) dikeluarkan dengan anggaran harga US $ 20 pada tahun 1976, Wozniak membuat program yang sesuai untuk cip tersebut dengan bahasa BASIC dan mula merekacipta komputer yang mampu menggerakkannya. MOS 6502 direka oleh orang yang sama dengan orang yang membuat Motorola 6800, kerana ramai pekerja di Silicon Valley yang menghasilkan atau mengusahakan sendiri sebagai pendapatan sampingan.Wozniak melakukan sedikit perubahan kecil untuk cip baru tersebut agar dapat berjalan dengan baik. Wozniak menyempurnakan penemuannya dan membawanya ke pertemuan bersama Homebrew Computer Club sebagai show off.
Pada pertemuan tersebut, Wozniak bertemu kawan lamanya Steven Jobs yang sama-sama tertarik terhadap potensi komersil dari hobi computer tersebut.Setelah itu Jobs melakukan pendekatan dengan kedai computer tempatan, The Byte Shop yang pada akhirnya bersetuju untuk menjual produk Jobs. Namun dengan perjanjian, komputer yang dibuat harus dihasilkan dengan baik untuk menjadi satu kesatuan yang utuh (assembled). Pemiliknya, Paul Terrell, menyatakan bahawa ia akan menempah 50 mesin computer dan membayar US $ 500 pada setiap penghantaran. Jobs menimbangkan tawaran tersebut dan menghubungi Cramer Electronics, iaitu pengedar peralatan elektronik sebagai rakan kongsinya. Inilah peringkat awal penghasilan Apple I yang menjadi asas perkembangan produk-produk Apple

LOGO APPLE COMPUTER YANG PERTAMA, DIHASILKAN OLEH RONALD WAYNE

LOGO APPLE KETIKA TAHUN 1976 DISEDIAKAN OLEH ROB JANOFF DENGAN TEMA WARNA PELANGI YANG DIGUNAKAN HINGGA 1998


APPLE I
The Apple I, juga dikenali sebagai Apple-1, merupakan awalan komputer peribadi dan dikatakan sebagai nenek moyang kepada semua komputer APPLE pada masa kini. Komputer ini dihasilkan dan dibina secara hand made oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs. Merekalah yang mempunyai idea penjualan komputer. Produk Apple yang pertama ini pertama kali dipertontonkan kepada umum pada April 1976 di Homebrew Computer Club di Palo Alto, California dan mula dijual pada Julai 1976 dengan harga $ 666.66.

APPLE II
Berbeza dengan Apple I yang masih menggunakan kayu sebagai casingnya, Apple II telah dilakukan penambahbaikan berbeza dengan menggunakan casing dari bahan metal. Apple II dilancarkan pada April 1977, dan disasarkan untuk keperluan persendirian. Apple II ini telah menyokong Graphic, Bahasa BASIC, Visical (dengan Excel sebagai permulaannya), dan dilengkapi dengan game Oregon Trail. Apple II ini juga dilengkapi dengan twin floppy disk drive dan monitor. Apple II juga mempunyai ciri-ciri yang terintegrasi keyboard, bunyi, plastik kes, dan lapan slot pengembangan dalaman.

THE APPLE III
Pada awal tahun 1980-an, Apple Computer menghadapi peningkatan persaingan dari syarikat lain. Saingan Utama Apple Computer adalah Commodore. Namun hal tersebut tidak berlaku lama, apabila pengeluar computer tahap mainframes, IBM, memasuki pasaran.Walaupun Apple II telah dihasilkan, Apple tetap menyiapkan Apple III untuk menyaingi IBM versi PC

Xerox PARC dan LISA

Xerox PARC dan LISA
Pada Disember 1979, Steve Jobs dan kakitangan kumpulan komputer Apple melakukan lawatan ke makmal Xerox PARC dan dengan disaksikan penyelidik dari Xerox, mereka mendokumentasikan GUI (Graphic User Interface) pada computer Alto. Pada ketika itu Steve Jobs menyedari pentingnya GUI pada computer masa depan daripada menggunakan interface berasaskan teks (misalnya, perbandingan perintah dengan command prompt berbanding dengan perintah pada paparan windows yang lebih selesa)
Dalam pakatan kerjasamanya tersebut Xerox memberikan akses pada Apple untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh Xerox selama 3 hari sebagai pampasan nilai tukaran saham yang ketika itu mencapai nilai $ 1,000,000. Selama masa itu, para saintis Apple mempelajari kaedah-kaedah dari GUI atau interface wimp sehingga menghasilkan computer Apple yang pertama kali berasaskan GUI dan diberi nama LISA (konon nama ini berasal dari nama puteri pertama Steve Jobs yang merupakan singkatan dari Locally Integrated Software Architecture)
Namun begitu, Local Intregated Software Architecture atau LISA boleh dikatakan sebagai produk gagal APPLE kerana walaupun LISA sudah dilengkapi dengan tetikus dan GUI (Graphical User Interface), LISA dijual dengan harga sangat mahal, sekitar $ 10,000 dan LISA tidak Compatible dengan produk sebelumnya yaitu Apple II sehingga gagal melakukan penguasaan pasaran.
MAC 128K
Dilancarkan pada tahun 1984 dan mampu menggugat penguasaan pasaran IBM dan DOS pada ketika itu.

MAC II
Setelah 3 tahun sejak kejayaan MAC 128k, Pada 1987 APPLE kembali melancarkan MAC II yang dilengkapi dengan Floppy Disk Slot (disket) serta juga mnggunakan HardDisk sebagai penyimpan data, selain itu MAC II juga disokong 8-bit/256 Color Video

MACINTOSH COLOR CLASSIC
Komputer APPLE pertama yang mempunyai skrin berwarna, telah terdapat Smiley icon, tetapan bunyi dan contrast melalui skrin monitor.

MAC PORTABLE
Dilancarkan pada tahun 1989, nenek moyang MacBook ini dijual pada harga lebih kurang $ 6,500, dengan berat 6kg juga dilengkapi dengan Trackball (trackpad) dan dilengkapi dengan battery yang mampu bertahan selama 10jam

TAM (twentieth ANNIVERSARY MACINTOSH)
Pernah dipromosikan melalui filem Batman & Robin, dan telah mempunyai Sound Card serta Remote Control

iMAC
Dikatakan melalui iMac inilah APPLE dapat kembali bangkit dari kejatuhan yang melandanya selama 2 tahun.

MAC MINI
Salah satu produk inovasi yang banyak menjadi kegilaan kerana dihasilkan tanpa menggunakan Keyboard, Mouse dan Monitor, dikeluarkan pada tahun 2005 dengan harga $ 499

MACBOOK AIR
Disebut-sebut sebagai komputer ternipis di dunia dengan hanya seberat 1,5 Kg, Ketebalan bahagian depan hanya 0,16" dan bahagian belakang 0,76". Yang menarik, casing laptop ini menggunakan alumunium yang mudah dikitar semula dan bahagian-bahagiannya dibuat dari bahan-bahan yang tidak berbahaya.

sumber : artprian

1 comment:

  1. terima kasih atas maklumat yang diberi...sangat bermanfaat kepada murid-murid saya...

    ReplyDelete