Berikut adalah senarai 10 bandar terkenal yang makin ditelan zaman:
10. Atlantis
Atlantis digambarkan oleh Plato sebagai peradaban maju dan kekuatan laut yang hebat, Atlantis dikatakan telah menakluk sebahagian besar wilayah Eropah sebelum tenggelam ke dalam laut. Menurut mitos tradisional, bandar ini tenggelam kerana murka para dewa atas kelakuan para penghuni kota ini, tapi menurut kajian ilmiah, bandar ini mungkin tenggelam kerana perubahan geologi dunia.
9. The City of Caesars
Juga dikenali sebagai Kota Berkelana dan Kota Patagonia, The City of
Caesars adalah bandar mitos yang diyakini terletak di hujung selatan Amerika Selatan. Bandar ini belum pernah ditemui, dan pada masa ini dianggap lagenda.
Caesars adalah bandar mitos yang diyakini terletak di hujung selatan Amerika Selatan. Bandar ini belum pernah ditemui, dan pada masa ini dianggap lagenda.
8. Troy
Troy adalah kota legenda yang terletak di Turki. Troy sudah lama dianggap oleh banyak orang sebagai mitos biasa, sampai akhirnya digali pada 1870-an. Dan kemudian ditemui banyak runtuhan-runtuhan bangunan yang dianggap sebagai arkitektur moden di zamannya.
7. The Lost city of Z
The lost city of Z adalah tamadun hilang yang terletak jauh di pedalaman hutan Brazil (hutan Amazon). Kota hilang ini dikatakan sebagai tamadun maju dengan rangkaian canggih dari jambatan, jalan, dan kuil-kuil. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan banyak peninggalan alat-alat canggih di pedalaman hutan amazon.
6. Petra
Petra dianggap sebagai kota paling indah dari semua bandar dalam senarai ini. Petra terletak di Jordon. Ciri yang paling menonjol adalah arkitektur indah batu, yang diukir daripada batu-batu pergunungan di sekitarnya yang mulai dieksplorasi sejak abad ke-18, hingga kini, keindahan arkitektur bangunan batu Petra masih tetap boleh dilihat di Jordan.
5. El Dorado
Inilah bandar hilang yang paling dicari, kerana bandar ini dikenali sebagai bandar emas. Dianggarkan terdapat banyak emas di bandar ini. El Dorado adalah sebuah kerajaan mistik dipercayai terdapat di hutan Amerika Selatan. Bandar ini dikatakan dipimpin oleh seorang raja yang kuat dan dengan kekayaan emas yang tak terhingga.
4. Memphis
Ditubuhkan pada tahun 3100 SM, Memphis adalah ibu kota Mesir kuno, dan menjadi pusat pentadbiran tamadun yang sepanjang beratus-ratus tahun sebelum akhirnya ditinggalkan oleh penduduknya seiring dengan munculnya Thebes dan Alexandria.Di bekas wilayah kota ini, banyak ditemui runtuhan bangunan-bangunan mesir kuno.
3. Angkor
Daerah Angkor di Kemboja dan sekitarnya dikenali sebagai salah satu pusat industri di asia malah dunia, dan salah satu peninggalan paling terkenal adalah kuil Angkor Wat yang umumnya dianggap sebagai monumen keagamaan.
2. Pompeii
Kota Rom Pompeii hancur dalam AD 79 selepas Gunung Vesuvius meletus berhampirannya dan menengelamkan seluruh komuniti di bawah 60 kaki abu dan batu. Bandar ini dianggarkan mempunyai kira-kira 20,000 penduduk pada masa itu, dan itu dianggap sebagai salah satu tempat tumpuan utama untuk kelas atasan masyarakat Rom.
1. Machu Pichu
Bandar ini terletak di berhampiran Lembah Urubamba di Peru. Bandar ini pernah ditemui dan dikaji oleh conquistador, Machu Pichu menyimpan banyak peninggalan runtuhan kuno yang sering disebut sebagai kuil Machu Pichu. Arkitektur bangunan yang sangat indah pada kuil Machu Pichu membuktikan betapa tingginya peradaban Machu Pichu pada masa kegemilangannya.
sumber : bhara / tulahan
No comments:
Post a Comment