"Nyotaimori" yang bermaksud female body plate adalah salah satu nama restaurant di Jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di tubuh mayat wanita.Tubuh mayat ini di buat dari makanan dan diletakkan di meja operasi seperti di rumah sakit. Pengunjung boleh memakan bahagian tubuh yang mana saja dikehendaki. Tubuh yang dipotong
akan mengeluarkan darah, persis seperti potongan tubuh manusia.
akan mengeluarkan darah, persis seperti potongan tubuh manusia.
Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung (Taiwan) menyediakan suasana tandas bagi pelanggannya. Dekorasi bilik, kerusi dan tempat makan yang digunakan tidak ubah seperti di tandas. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yang disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yang di reka seperti mangkuk tandas duduk. Makanan yang disajikan di sini tidak hanya enak, tapi juga memberikan sensasi tersendiri bagi pengunjungnya.
Dinner in the Sky adalah salah satu restoran di Brussels yang menyediakan tempat makan untuk 22 orang. Tentu saja di ketinggian 150 kaki! Tempat makan di reka khusus untuk boleh diangkat menggunakan crane. Pengunjung bebas menentukan lokasi ketinggian yang diminati, asal jangan sampai menjatuhkan garpu dan pisau
Restoran kegelapan terletak di Beijing, China.Semua rekaan restoran benar-benar berwarna hitam. Pengunjung yang datang akan di antar oleh pelayan yang sudah dilengkapi dengan teropong malam ke meja makan. Kerana tidak dapat melihat makanan yang di makan, pengunjung benar-benar merasakan bagai memakan makanan yang tidak pernah dimakan sebelumnya di restoran ini.
Restoran yang terletak di Ahmadabad India ini terkenal dengan menu teh susu, roti gulung dan perkuburan di antara meja. Pemilik restoran mengaku telah membuka restoran ini turun temurun selama 4 dekad, tetapi tidak tahu siapa jenazah yang terkubur di bawah perkuburan ini.
Restoran ini terletak di kawasan yang paling aman, iaitu penjara Fortezza Medicea di Italy. Dekorasi restoran ini adalah penjara tempat pembunuhan yang dilengkapi dengan tembok setinggi 60 kaki, menara pengawas, security kemera yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi juga dengan penjaga penjara dengan senjata lengkap.
Kenapa dinamakan robot? kerana restoran ini di buka sepanjang hari selama 21 jam tanpa mengenal penat. Pengelola restoran juga sekilas pandang di lihat sama, namun ini adalah pasangan suami isteri kembar identik! Orang-orang sekitar menyebutnya "robot couple restaurant" kerana mereka melihat orang yang sama bekerja seperti robot dalam menjalankan restoran dari jam 5 pagi sampai jam 3 pagi setiap hari. Oleh itu ia diberi nama robot.
Restoran bawah laut pertama diperkenalkan di Hilton Maldives Resort & Spa, April 2007. Restoran bernama Ithaa (baca eet-ha) artinya Pearl dalam bahasa Bahasa Maldives, Dhivehi, berada 5 meter di bawah Lautan Hindi yang dikelilingi oleh coral dan panorama bawah laut. Ini adalah restoran pertama untuk ketagori bawah laut.
Cabbages dan Condoms adalah nama restaurant di Thailand. Ada banyak kondom di dinding dan lukisan kondom di karpet. Setelah makan, pengunjung akan diberi kondom. Keuntungan dari restaurant ini digunakan untuk menyokong yayasan Population and Community Development Association (PDA).
DS Music Restaurant di Taipei, Taiwan adalah restoran dengan pemandangan media.Dekorasi ruangannya seperti hospital, pelayannya berpakaian seperti jururawat, dan botol minumnya juga di letakkan dalam botol ubat.
sumber : terselubung
No comments:
Post a Comment