www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Sunday, May 8, 2011

DIANTARA PILIHAN STICKER DENGAN DESIGN YANG UNIK




Dihasilkan dari bentuk asalnya, Big Ben. Pelekat dinding raksasa ini menyediakan lebih dari sekadar bentuk seni dekoratif dinding, tetapi juga boleh bekerja layaknya  seperti jam dinding!



Siapapun pasti akan tercengang melihat garage anda jika di tampal
dengan pelekat 3D buatan StyleYourGarage yang berpangkalan di Jerman ini.



The "Luster" Silhouette Chandelier Sticker memberikan kesan yang baik pada lampu anda yang kelihatan membosankan. Harganya sekitar $ 130.



Pelekat laptop ini akan membuat laptop anda lain daripada yang lain.



Pelekat ini memberikan kesan seakan-akan kereta / Motor Anda lecet dan berkarat, sehingga membuatkan pencuri mengurungkan niatnya untuk mencuri kenderaan anda.


Pelekat yang dibuat oleh 'Tonka Design' ini tidak hanya sebagai dekorasi yang menarik, tetapi juga memiliki fungsi lain, iaitu sebagai cermin dinding. Dengan teknologi laser cutting, cermin dekoratif terdapat dalam bentuk yang paling mengagumkan. Ianya sangat nipis dan mudah ditempelkan di berbagai tempat, seperti dinding, almari, dll.


Pelekat vinyl lucu buatan hua2 bila diterapkan pada dinding halus, tetingkap, furniture, mahupun bilik mandi, tidak hanya memberikan bilik mandi anda sentuhan unik, tapi juga menghibur anda setiap kali anda menggunakannya. Mudah tanggal, pelekat vinyl tidak meninggalkan tanda bila dicabut.


Pelekat ini direka oleh Ivan Duval and Jean-Sebastien Ides dari Atypyk Paris. Bentuk seperti kulit pisang yang sering kita kenal sebagai benda yang bakal membuat kita tersungkur bila menginjaknya. Namun pelekat ini pasti akan membuat pinjakan kaki kita semakin kukuh.


Jika anda mempunyai kolam renang dan mencari sesuatu untuk menghiasi dan menambah sentuhan unik untuk kolam renang anda, maka anda mungkin memerlukan pelekat sKine. Ianya sangat mirip dengan pelekat vinyl biasa tapi dibuat dari air dan bahan-bahan tahan UV. Pelekat ini boleh ditampal pada setiap dasar kolam renang.




Syarikat Design, Yeda, menawarkan pilihan menarik. Menambahkan striker di atas kepala tempat tidur anda menjadikan sesuatu yang berbeza apabila anda memasuki ruang tidur.Lebih baik jika sudah memiliki pasangan. Banyak pilihan yang ditawarkan oleh pembekalnya.
sumber : taukahkamu

No comments:

Post a Comment