www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Monday, May 9, 2011

BERMINATKAH ANDA UNTUK MENCUBA MENU-MENU SERANGGA INI?

Dalam beberapa kes orang memakan serangga kerana keperluan (kelaparan), tapi dari ke hari orang semakin pintar mengolah segala bahan, termasuk serangga untuk dijadikan santapan lazat.


Menu makanan istimewa di saat-saat yang istimewa, kadang-kadang makanan yang terbuat dari serangga ini begitu mahal harganya. Berikut ini 12 serangga yang tidak sekadar menjadi perosak, tapi dapat juga dijadikan santapan lazat sehari-hari.


1. Casu Marzu 

Di Sardinia, Itali, mereka makan sejenis keju susu domba yang disebut casu Marzu yang diketahui dicampur dengan larva serangga. 
Keju perisian ini telah diperam begitu lama sehingga benar-benar mulai membusuk, mengundangi pengembangan larva serangga yang kelihatan seperti
cacing kecil menembusi pada permukaan keju.

Mereka hanya mengasingkan larva-larva hidup yang kelihatan sebelum keju dapat dimakan dengan enaknya.

2. Scorpion Sucker 

 

Kalajengking California yang sudah tidak berbahaya ini terbungkus dalam lapisan gula-gula lazat. Menurut senarai, kalajengking merupakan sumber makanan utama di banyak bahagian dunia, jadi menghisap gula-gula lolly pop kalajengking seharusnya tidak mengotorkan anda.


3. Anai-Anai


Di Afrika dan sebahagian dari Indonesia, makan anai-anai adalah perkara biasa. Dikumpulkan pada awal musim hujan ketika sumber protein lain sukar diperolehi. Anai-anai yang terbaik dimakan setelah dipanggang, atau digoreng.

4. Cengkerik Bertelur
Di daerah timur laut Thailand, cengkerik sarat dengan telur dianggap sebagai makanan ringan yang lazat. Cengkerik ini ditangkap dan dikeringkan pada matahari kemudian dibersihkan, dimasak, dan sedikit masin. Anda boleh membeli sebungkus penuh cengkerik bertelur yang siap untuk dimakan dengan harga kurang dari $ 6,00.

5. Snack Cacing Larvets 
Cacing ini siap dipanggang dan tersedia dalam berbagai rasa termasuk BBQ, Keju Cheddar, dan Spice Mexico.

6. Kumbang Air Raksasa
Di Thailand, kumbang ini di hasilkan dengan cara dikupas dan kemudian dimakan. Lebih baik digoreng atau dipanggang. Rasanya dikatakan serupa dengan kerang.

7. Lolly Pop Cacing Berperisa Tequila
Sekarang anda boleh menikmati rasa tequila dengan memakan gula-gula lolly pop bercampur cacing. 

8. Telur Semut
Telur semut dapat dikumpulkan sepanjang tahun di Thailand, dan mengumpul telur semut merupakan tugas yang memakan masa dan amat sukar. Telur ini besar dan licin, dan perlu dimasak, sebelum dapat memakannya bersama salad atau kerepek tortilla.

9. Semut Raksasa Bersalut Coklat
Ratu semut Raksasa Leafcutter bermandikan coklat Belgium dekaden. Selera yang sedikit "gila" dikatakan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan memberikan orang-orang yang memakannya tenaga tambahan.

10. Witchetty Belatung
 
Makanan ini, besar putih, larva rama-rama atau kumbang kayu adalah makanan asas dalam diet Aborigin di Australia. Belatung tinggi protein dan boleh dimakan baik mentah atau dibakar di atas bara.

11. Serangga Rakasasa Rasa Pedas
Sukakan makanan pedas? Ini adalah produk untuk anda. Sos ini mengandungi serangga air raksasa yang dihaluskan (Giant Scorpions) bersama-sama dengan berbagai macam rempah-rempah Thailand dan cili.

Pasta ini membuat sos sempurna untuk tortilla, pulut, dan semua yang dimakan dengan serangga lain yang anda suka.



Sumber : apakabardunia

No comments:

Post a Comment