Adakah anda sedang merasa bad mood hari ini? Pekerjaan yang membosankan membuat anda merasa tidak berada dalam keadaan yang baik? Ada baiknya anda mengambil beberapa jenis buah-buahan dan sayur hari ini, kerana selain sarat vitamin ternyata buah-buahan mampu mengembalikan mood menjadi lebih baik. Semak info seterusnya di bawah ini!
Ada baiknya mulai sekarang anda lebih menelitikan makanan dan minuman yang sering anda ambil kerana menurut pakar, makanan yang kita ambil akan menentukan
perasaan kita, apakah baik atau akan menjadi buruk dalam jangka masa yang pendek atau jangka masa panjang.
Makanan yang baik setiap hari anda makan akan membuat keadaan gula dalam darah anda dalam keadaan baik dan hal ini yang akan membuat anda merasa memiliki tenaga. Jika kadar gula anda tidak dalam keadaan yang stabil sama ada keadaan tinggi ataupaun rendah pasti akan memberikan perasan yang tidak selesa. Selain itu juga boleh menyebabkan komplikasi atau sembelit kerana kekurangan serat dan air.
Diane M. Becker MPH, SCD, Director of The Center for Health Promotion di Johns Hopkins School of Medicine mengatakan, "Jika mengambil makanan yang sihat untuk jantung, kaya serat dan rendah lemak tepu, ini sangat baik untuk merangsang mood menjadi lebih baik".
Dan menurutnya, kadar lemak yang tinggi dalam makanan boleh membuat badan akan merasa tidak selesa, bahkan memiliki masalah tidur yang parah dan selalu mengantuk sesudahnya.
Di bawah ini terdapat enam jenis makanan dan minuman yang boleh membantu membuat mood anda selalu dalam keadaan baik.
1. Kandungan Vitamin B12 dan asid folat yang tinggi
Tahukah anda mengapa stew daging (chili con carne) selalu didampingi dengan kacang merah? Atau Ikan salmon yang di Grill selalu didampingi dengan setup sayuran seperti brokoli? "Makanan tadi yang pertamanya kaya akan folat sedangkan pendampingnya pula kaya dengan vitamin B12. Kedua-dua vitamin ini mampu mencegah penurunan fungsi sistem saraf, menstabilkan keadaan mood, dan mencegah dementia," jelas Edward Reynolds, MD dari Institute of Epileptology, King's College, London.
Asid folat biasa terdapat pada kekacang dan sayur-sayuran hijau, sedangkan B12 banyak ditemui dalam daging, ikan, dan unggas.
2. Pengambilan Buah-Buahan dan Sayuran
Buah-buahan dan sayur merupakan sumber nutrisi dan mengandungi antioksidan, yang sangat baik untuk kesihatan dan juga memperbaiki masalah kesihatan tubuh anda. Sebuah kajian mengatakan, pengambilan dua atau lebih buah-buahan dan sayur dalam sehari akan memberikan 11% lebih kesihatan yang akan mempengaruhi kualiti hidup anda.
3. Pengambilan Makanan Yang Banyak Mengandung Selenium
Selenium adalah salah satu jenis mineral yang boleh menjadi antioksidan dalam tubuh. Antioksidan mampu membuat perasaan menjadi lebih baik dan boleh mengurangkan 'bad mood'. Cuba ambil sekurang-kurangnya 55 micrograms selenium setiap hari, baik untuk lelaki mahupun wanita. Selenium boleh di temukan dalam gandum, oatmeal, roti gandum, mahupun beras merah.
4. Pengambilan Ikan Lebih Banyak Dalam Seminggu
Beberapa kajian mendapati bahawa lelaki dan perempuan mempunyai sedikit kemungkinan mengalami gejala kelupaan jika mengambil banyak ikan. Secara tidak langsung asid lemak dalam ikan khususnya salmon yang mengandung asid lemak omega 3.
Selain salmon, juga terdapat dalam ikan herng, tuna dan juga sarden.
5. Mengambil Vitamin D Setiap Hari
Berada di bawah sinar matahari membuat anda lebih baik? Sinar matahari merangsang tubuh kita untuk mengambil dan memproses vitamin D. Sekurang-kurangnya pengurangan vitamin D dalam tubuh ternyata mengakibatkan beberapa masalah muncul seperti, Pra Menstruasi Sindrome atau (PMS), gangguan emosi dan ingatan.
Vitamin D boleh diperolehi dengan mengambil ikan, seperti salmon, tuna, dan mackarel. Selain itu boleh juga diperolehi dengan pengambilan hati lembu dan kuning telur.
Tapi sumber utama selain dari sumber haiwan boleh ditemui pada cereal, roti, jus, dan juga susu.
6. Manjakan Diri Dengan Sepotong Coklat
Sedikit coklat perang boleh meningkatkan hormon endorphin, hormon yang membuat perasan tenang, seperti sedang jatuh cinta.
Tidak hanya itu saja, coklat perang juga dapat membantu kesihatan jantung anda agar tidak berlaku penyumbatan pembuluh darah.
sumber :jelajah unik
No comments:
Post a Comment