Apa rahsia untuk mendapatkan tidur 7 - 8 jam yang nyenyak? Anda perlu pergi ke dapur dan menikmati satu atau dua daripada 10 senarai makanan di bawah ini.Makanan ini menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon untuk membantu anda tidur iaitu hormon serotonin dan melatonin.
1.)Buah Pisang
Pisang seperti ubat tidur semulajadi. Selain mengandungi melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga mengandungi magnesium, bahan yang boleh merangsang merehatkan otot.
2.)Teh Chamomile
3.)Susu Panas
Ini bukannya mitos, segelas susu panas sebelum tidur dapat membantu tidur anda. Susu mengandungi tryptophan, iaitu asid amino yang mempunyai kesan sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.
4.)Madu
Tambah sedikit madu di dalam susu atau teh anda. Gula boleh meningkatkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, gula boleh memberitahu otak anda untuk menurunkan prestasi orexin. Neurotransmiter yang berkaitan dengan kesedaran anda.
5.)Kentang
Sedikit kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan berat badan anda. Kentang membersihkan asid yang boleh mengganggu prestasi tryptophan di dalam tubuh.
6.)Oatmeal
Oatmeal sebelum tidur adalah jalan terpantas untuk tidur, kerana oatmeal merangsang pengeluaran melatonin di dalam tubuh pada malam hari.
7.)Kacang Almond
Almond adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga boleh membantu tidur anda kerana mengandungi tryptophan dan magnesium.
8.)Flaxseed
Flaxseed kaya dengan asam omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Konsumsi flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau depresi berat. Tidur anda akan lebih nyenyak.
9.)Roti Gandum
Sepotong roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang berguna untuk membantu prestasi tryptophan untuk bertindak balas di dalam otak. Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak anda untuk tidur.
10.)Daging Ayam Belanda
Daging ayam Belanda adalah sumber yang sangat baik untuk tryptophan.Tryptophan berfungsi apabila perut anda kosong dan tidak ketika anda sangat kenyang. Tetapi 1 hingga 2 potong dari daging ayam Belanda bersama-sama dengan roti gandum akan dapat membantu membuat tidur anda lebih nyenyak di malam hari.
sumber :haxims
No comments:
Post a Comment