Dubai merupakan salah satu kota yang berkembang tercepat di dunia dan juga sebagai kota metropolitan yang sibuk. Dubai selalu penuh dengan kehidupan dan dipenuhi dengan aktiviti dan anda tidak boleh memaksa diri anda untuk tidur di bandar kehidupan ini. Pelancongan adalah industri yang berkembang pesat di Dubai dan ada begitu banyak hal bagi pelancong untuk dilakukan di Dubai, bahawa tidak ada jumlah waktu yang akan cukup untuk melawat setiap daya tarikan bandar ini.
Jadi di sini di kumpulkan senarai beberapa tempat pelancongan terbaik di Dubai. Percayalah bahawa sangat sukar untuk mencari top-10 tempat menakjubkan di Dubai yang penuh dengan tempat yang luar biasa.
1. Burj Al Arab
Burj al-Arab adalah sebuah hotel mewah yang terletak di Dubai, Uni Emirat Arab. Bangunan Burj al-Arab, di rekabentuk oleh Tom Wright, mencapai ketinggian
321 meter, 66 tingkat dan adalah bangunan tertinggi yang sepenuhnya digunakan sebagai hotel. Bangunan ini berdiri di sebuah pulau buatan yang berada 280 meter selepas pantai di Teluk Parsi. Burj al-Arab dimiliki oleh Jumeirah.
321 meter, 66 tingkat dan adalah bangunan tertinggi yang sepenuhnya digunakan sebagai hotel. Bangunan ini berdiri di sebuah pulau buatan yang berada 280 meter selepas pantai di Teluk Parsi. Burj al-Arab dimiliki oleh Jumeirah.
Hotel ini sering disebut sebagai hotel bertaraf 7 bintang. Hal ini dianggap sebuah hiperbola oleh orang-orang dalam bidang pelancongan. Hal ini juga dilihat sebagai cara untuk "mengalahkan" hotel-hotel lain yang menyebut hotel mereka bertaraf 6 bintang.
2. Jumeirah Beach
Pantai Jumeirah adalah Pantai paling terkenal di Dubai. Pantai ini membentang hingga 7 Km, di bahagi menjadi tujuh pantai dan pantainya masing-masing membentang panjang berkilometer. 2 Pantai menyatu di masing-masing Jumeirah Park, dan Wild Wadi.
3. Burj Khalifa
Burj Khalifa adalah contoh senibina yang tertinggi dan paling menakjubkan. Menara, tinggi 153 tingkat menyentuh langit di bandar Dubai. Bangunan ini termasuk bahagian hotel, ruang pejabat dan pangsapuri dengan semua kemudahan kemewahan.
4. Wild Wadi
Wild Wadi adalah Water Park yang terletak di pantai Jumeirah. Pantai ini didedikasikan untuk taman bermain air, dan Water Park ini memberikan anda menikmati waktu terluang untuk bermain air. Terutamanya kanak-kanak yang boleh menikmati banyak wahana di sini.
5. Dubai Marina
Dubai Marina merupakan sebuah daerah di ibu kota yang telah dikenali sebagai 'Dubai baru'. Ini adalah salah satu model kota terbaik di dunia. Fasa pertama telah selesai dan seterusnya sedang dalam pembangunan. Setelah fasa tersebut selesai, akan menjadi daerah yang paling maju di Dubai.
6. Gold Souq
Ini adalah 'Pasar Emas' yang paling terkenal di dunia, kerana itu bandar ini disebut "Tanah Emas". Pasar berbaris dengan kedai-kedai emas di mana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis emas dalam pelbagai kualiti karat.
7. Mall of the Emirates
Mall of the Emirates merupakan sebuah pusat membeli-belah di Dubai. Mall of the Emirates adalah mall terbesar kedua di Timur Tengah. Mall Ini mengandungi kedai-kedai dengan keluasan 2,400,000 meter persegi.
8. Dubai Mall
Dubai Mall adalah pusat membeli-belah terbesar di dunia berdasarkan keluasannya. Mall ini merupakan sebahagian dari kompleks Burj Khalifa. Bahkan memiliki akuarium besar di dalamnya.
9. Dune Bashing
Ini adalah tempat yang paling perlu dikunjungi dan di cuba oleh pemuda masa kini dalam menikmatinya dengan menaiki SUV beroda empat di track berpasir.Pemandu di sini harus mempunyai teknik pemanduan di pasir.
10. Palm Jumeirah
Palm Jumeirah memiliki segala yang diperlukan untuk menikmati percutian yang luar biasa. Termasuk di dalamnya adalah nama-nama hotel terkenal di dunia, tempat-tempat pelancongan yang menakjubkan, fashion mewah dan pusat membeli-belah. Adakah anda hanya ingin bersantai atau melibatkan diri dalam percutian yang penuh rekreasi dan hiburan, ini adalah tempat yang benar-benar berinspirasi untuk dikunjungi.
sumber : Harian sobek
No comments:
Post a Comment