www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Monday, May 30, 2011

BEGINILAH REKABENTUK 10 RUMAH TERMAHAL DI DUNIA

Rumah adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia, kerana selain berfungsi sebagai tempat berlindung, rumah juga adalah tempat dimana para manusia membina rasa sayang pada keluarga serta membina komunikasi dengan manusia lainnya. Di luar, rumah juga boleh menunjukkan status sosial seseorang di mata masyarakat.

Tidak hairan jika banyak manusia menghabiskan wang yang banyak hanya untuk membina rumah yang merupakan singgahsana bagi mereka. Malahan juga terjadi pertumpahan darah demi sesuatu yang bernama rumah ini. Begitu berharganya sebuah rumah. Berikut adalah senarai 10 rumah termahal di dunia:

10. Dracula’s Castle ($ 80,000,000)

Sebelumnya, bangunan ini adalah sebuah benteng. Pemiliknya iaitu Archduke Dominic. Rumah ini Mempunyai 57 bilik, 17 bilik tidur dan banyak peralatan antik yang indah yang tentunya mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

9. Updown Court ($ 116,000,000)

Rumah ini terletak di England, Mempunyai 103 bilik, ruang bowling, bioskop besar, lebih dari 3 kolam renang dan gelangang squash. Dipercayai rumah ini lebih luas dari Istana Buckingham.


8. Maison de l’Amitie ($ 125,000,000)

Dimiliki oleh Donald Trump, rumah ini dibina di atas tanah yang membentang sepanjang 80,000 kaki persegi, di dalamnya terdapat konservatori, ruang tarian, 15 bilik tidur, 8 bilik mandi, sebuah gelangang tenis dan paviliun mewah.

7. Fleur de Lys ($ 125,000,000)

Rumah ini dibina oleh Suzanne dan David Saperstein. Rumah itu mempunyai 15 bilik tidur dan eksterior ditutupi dengan kapur Perancis sementara interior disiramkan dengan emas 24 karat. Rumah ini juga mempunyai perabot seperti pola tirai Marie Antoinette dan kursi kesukaan Napoleon.

6. Hala Ranch ($ 135,000,000)

Dimiliki oleh Pangeran Bandar bin Sultan bin Abdulaziz dari Arab Saudi, mempunyai 27 bilik mandi dan 15 bilik tidur bersama dengan kolam renang dalam ruangan, jalan sky swasta, lampu fabrik pengolahan, gelanggang tenis, bangunan ini dibinia di atas tanah yang membentang sepanjang 14.397 kaki persegi.

5. Aaron Spelling’s Manor ($ 150,000,000)

Rumah ini berdiri di atas tanah yang membentang sepanjang 56,000 meter persegi tanah dan dibina pada tahun 1991. Memiliki 123 bilik, gelangang tenis, arena skating, ruang bowling dan beberapa kolam renang.

4. The Penthouses at One Hyde Park ($ 160,000,000)

Rumah ini memang masih sedang dalam proses ubah suai, namun begitu peralatan yang ada di dalam rumah ini sangat mewah, malah boleh dikatakan seperti hotel. Ada yang mengatakan bahawa jika bangunan ini sudah selesai dibina seluruhnya, maka akan boleh mengatasi harga William Randolph Hearst’s Mansion.

3. Elena Franchuk’s Victorian Villa ($ 161,000,000)

Rumah ini terletak di daerah Kensington di London. Rumah ini mempunyai lima tingkat dan mempunyai 10 bilik tidur, kolam renang dalam ruangan, ruang panik, Bioskop serta ruang sauna.

2. William Randolph Hearst’s Mansion ($ 165,000,000)

Rumah mewah ini milik William Randolph Hearst, mempunyai 3 kolam renang, 29 bilik tidur yang sangat luas. Di dalamnya juga terdapat sebuah disko dan sebuah mini bioskop.

1. Antilla ($ 1,000,000,000)

Inilah rumah paling mahal di dunia, rumah dimiliki oleh Mukesh Ambani, pengusaha dan milioner terkemuka berasal dari India yang juga merupakan orang yang masuk dalam senarai 10 orang terkaya di dunia. Rumah ini mempunyai 27 tingkat dengan ruangan yang sangat luas, malah garajnya sahaja boleh menampung kira-kira 150 kereta.


sumber : tulahan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment