www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Monday, May 23, 2011

DIANTARA BUNGA-BUNGA YANG MEMPAMERKAN KELOPAK YANG INDAH

1. Sakura
http://hermawayne.blogspot.com
Pada saat mekar, pemandangan yang disajikan menjadi luar biasa. Warna yang paling indah dari bunga ini adalah putih dan pink. Bahkan pada saat jatuh dan terhampar di tanah, pemandangan yang disajikan oleh bunga ini akan sangat luar biasa.


2. Canna
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga ini tidak hanya memberikan keindahan kelopaknya, tetapi juga daun yang indah dengan
pelbagai warna ceria. Bunga Canna ini sempat menjadi bunga terindah di zaman Victoria

3. Colorado Columbine
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga ini tumbuh di dataran tinggi Rocky Mountains, di atas ketinggian 14.000 kaki di atas tanah. Bunga ini akan menyapa anda jika anda berhasil melewati ketinggian tersebut.

4. Hydragea
http://hermawayne.blogspot.com
Indah sekali bukan? Bagaikan bola salji di musim gugur. Kumpulan bunga yang berbentuk bintang dengan warna lembut pastel, menunjukkan kepolosan, dan sering muncul di majlis pernikahan.

5. Lily of the valley
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga ini muncul di musim semi di daerah empat musim. Bunga Lily of the Valley ini merupakan inspirasi dari beberapa legenda, misalnya legenda Nasrani yang mengatakan bahawa air mata Ibu Maria yang jatuh di Salib Yesus berubah menjadi bunga ini. Atau legenda yang mengatakan bahawa bunga ini muncul dari darah St. George yang berperang melawan seekor naga.

6. Calla lily
http://hermawayne.blogspot.com

Bunga cantik ini mempesona dan elegan, tapi jangan tersilap, bunga ini sangat beracun dan boleh membunuh anak kecil atau bahkan lembu jika ditelan.

7. Black eyed susan
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga abadi yang selalu tampil ceria. Bunga yang kontras dengan kelopak kuning dan bahagian tengah yang gelap membuatnya tidak mudah untuk dibiarkan begitu saja.

8. Bleeding heart
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga yang indah seperti berasal dari dunia peri ini adalah bunga yang selalu dipilih untuk menghiasi taman yang teduh dan segar.

9. Lantana
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga yang lembut dengan kelopak merah muda dan kuning, adalah magnet kupu-kupu. Semak bunga ini dapat tumbuh besar dan warna kelopaknya akan berubah sesuai dengan umur tanaman.

10. Blue bells
http://hermawayne.blogspot.com
Di negara 4 musim, banyak sekali hutan di Eropah yang tiba-tiba seakan memiliki karpet berwarna ungu, yang tidak lain adalah bunga ini. Blue Bells dianggap melambangkan kesendirian dan penyesalan.

11. Mawar
http://hermawayne.blogspot.com
Mungkin bunga pertama yang akan dikenali oleh semua orang di dunia. Cinta perasaan romantis dengan warna dan bau yang wangi, memberikan pelbagai makna tersendiri bagi tiap warna mawar yang ada.

12. Oriental  poppy
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga ini adalah bunga abadi dengan bentuk yang lembut dan warna cerah mempesona. Setelah berkembang di musim semi, kelopaknya mati, tapi apabila hujan musim gugur tiba, kelopak bunga ini akan kembali muncul

13. Mussaenda erythrophylla Ashanti Blood
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga ini dikenali di kawasan tropika, terutama Afrika Barat sampai ke Asia Tenggara dan China Selatan.Bunga ini tidak hanya indah, tapi juga pasti akan mengundang lebah madu, kupu-kupu bahkan burung kolibri.

14. Begonia
http://hermawayne.blogspot.com
Bunga ini pertama kali diperkenalkan di Barat pada 1777. Dan sekarang menjadi salah satu bunga yang paling terkenal di Amerika. Begonia dikenali bukan hanya kerana bunganya, tetapi juga kerana keindahan daunnya.

15. Soka
http://hermawayne.blogspot.com
Dikenali juga sebagai Melati India Barat, sering digunakan dalam upacara agama Hindu India dan perubatan tradisional India. Bunga yang merah menyala dengan dasar daun yang hijau memberikan kontras yang indah.

16. Dendrobium
http://hermawayne.blogspot.com
Dendrobium adalah jenis anggrek tropika. Berbunga lebat, kumpulan bunga yang ada selalu lembut dan terbentuk sempurna, sehingga tampak ajaib bagi peminatnya.

sumber : klikunic

No comments:

Post a Comment