www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Wednesday, April 20, 2011

MENARIK! BANYAKNYER KISAH MALANG ORANG YANG TERLEKAT

Kejadian-kejadian yang aneh dan sangat jarang terjadi berikut ini mungkin kerana tidak sengaja, walaupun bukan kemalangan yang mengerikan. Kejadian-kejadian ini sangat lucu sehingga orang akan menggeleng kepala dan berkata, " sampai macam tu sekali"
1. Pencuri yang terlekat di lubang udara
Terlekat dalam sebuah lubang udara dan berteriak minta tolong, pencuri ini diselamatkan setelah dia terlekat di saluran semasa cuba masuk ke ruang kedai pizza. Masa yang diambil hampir 30 minit untuk melepaskannya dari tergantung di dalam lubang udara di Paesan's Pizza
Timothy J. Cipriani menutup wajahnya dengan topeng semasa diselamatkan dari saluran udara yang terlalu sempit di restoran Guilderland 2513 Ave.
Kawan yang bersamanya mencuri menghilangkan diri dari tempat kejadian sebelum petugas tiba. Cipriani, 46, dituduh merompak dan memiliki alat curi setelah polis menyatakan mereka menemui alat berkenaan di bahagian bawah badannya yang berayun di atas alat mengoreng masih panas jam 1 pagi di Ciprian.
2. 18 orang yang terlekat dalam keadaan terbalik di roller coaster
Lapan belas orang yang naik roller coaster di Anhui, Cina, mendapat lebih kepuasan dari apa yang mereka harapkan dari bencana ini. Mereka terlekat secara terbalik selama setengah jam ketika angin kencang menyebabkan roller coaster berhenti meluncur.
Angin kencang menyebabkan roller coaster berhenti di bahagian atas loop di sebuah taman permainan di Anhui, bahagian timur China. Mereka
tergantung terbalik selama kira-kira setengah jam dengan enam dari mereka jatuh sakit.Enam orang itu dihantar ke hospital.
Mesin tersebut dalam keadaan baik dan cuaca yang baik untuk coaster mulai beroperasi tetapi tiupan angin kuat yang tiba-tiba menghentikan roller coster itu, yang kemudian terkunci di loop dengan perangkat keselamatan, dengan penumpang tergantung terbalik.
Zhang Shengying, Timbalan Pengarah Wuhu Biro Kualiti dan Pengawasan Teknik, mengatakan siasatan menunjukkan bahawa kemalangan itu disebabkan oleh "cuaca ekstrim" di taman hiburan.
3. Pemuda berkerusi roda yang tersangkut di depan lori sejauh 6,5 KM
Seorang pemuda 21 tahun mendapat pengalaman yang akan dikenang seumur hidup ketika kerusi roda yang dia naiki tersangkut di depan semi lori trailer dan dibawa di jalan raya sepanjang 6,5 KM kilometer dengan kelajuan 80 km/Jam.
Ben Carpenter tidak cedera tetapi dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Dia telah berjaya diselamatkan dari kerusi rodanya. Carpenter, yang mengalami masalah otot, mengatakan kepada sebuah stesen TV bahawa beliau berfikir tidak akan selamat dalam perjalanan menakutkan itu.
Semasa Carpenter menyeberang di persimpangan di Paw Paw, sekitar 140 mil sebelah barat Detroit. Lampu berubah menjadi hijau semasa anaknya berada di depan sebuah lori, yang mulai bergerak. Kursi roda yang dia naiki tersangkut di lori tersebut.
Seorang yang melihat kejadian itu menelefon polis dan sepasukan polis yang sedang menyamar kebetulan berada berhampiran dan melihat apa yang terjadi.
Mereka berjaya menyuruh pemandu lori berhenti ke tepi, pemandu lori juga kebingungan. Kerusi itu tidak rosak kecuali kehilangan sebahagian besar getah di roda.
4. Orang yang terlekat dalam lumpur selama 4 jam kerana malu untuk minta tolong 
Pada suatu malam, Xiao Chen, 25, terbenam sampai ke pinggang dalam lumpur di tepi Sungai Chang Jiang di China. Walaupun beliau mempunyai wisel, dia terlalu malu untuk meminta bantuan pertolongan.

Dia cuba untuk mengeluarkan dirinya keluar selama empat jam sebelum meminta bantuan dari nelayan yang lalu. Para nelayan kemudian memanggil bantuan profesional.

Masa yang diambil untuk mengeluarkannya agak lama. Tugas Pasukan Penyelamat dibuat lebih sukar kerana pemuda ini malu semasa diminta untuk menanggalkan seluarnya sendiri supaya lebih mudah ditarik dari lumpur.
5. Banduan yang terlekat di Jeruji ketika cuba melarikan diri
Beliau mungkin berharap untuk memasuki 2010 sebagai orang yang bebas tetapi beliau tidak teliti sebelum melarikan diri. Banduan Roberto Carrillo berusaha melarikan diri dari sel di sebuah penjara Mexico di Valle Hermoso pada malam Tahun Baru.
Lelaki 42 tahun ini cuba untuk melepaskan dirinya sendiri melalui celah antara atap penjara dan jeruji selnya. Tapi bukannya boleh menyusup, tetapi akhirnya terlekat dan tergantung secara terbalik.
Beliau akhirnya terpaksa untuk meminta bantuan dan para warden dengan tertawa datang membantunya dan memotong jeruji untuk melepaskannya menggunakan gergaji lalu memasukkannya kembali ke dalam sel.
6. Peserta akrobatik motor yang terlekat pada ketinggian 204 m di udara bersama motornya
Lelaki 42 tahun ini cuba untuk melepaskan dirinya sendiri melalui celah antara atap penjara dan jeruji selnya. Tapi bukannya boleh menyusup, tetapi akhirnya terlekat dan tergantung secara terbalik.

High-wire motorcyclist Mustafa, kini menjadi lebih terkenal setelah terlekat pada ketinggian 204 m di udara dalam usaha memecahkan rekod dunia.

Peserta akrobatik motor dari Maghribi ini terhenti usahanya di Benidorm semasa ingin menyempurnakan aksinya itu. Bahaya sudah dijangka dalam aksinya selama beberapa hari kerana cuaca buruk, sebelumnya dia sudah cuba di ketinggian 1.640 kaki melintas dengan motornya tanpa jaring penyelamat.

7. Kanak-kanak yang terlekat di dalam mesin arcade












Tak seorangpun akan menjangka hadiah dari mesin arcade ini adalah seorang anak laki-laki. Christopher yang berusia 3 tahun dibawa ibunya Elaine untuk bermain semasa hari keluarga di Skegness.


Kanak-kanak ini benar-benar ingin memenangi hadiah pada mesin arcade ini. Sebelumnya ia telah cuba beberapa kali tapi tidak berjaya. Lalu ibunya pergi untuk menukarkan lagi koin untuk meneruskan permainan.


Sementara ibunya pergi, beliau masih berusaha mencuba lagi, namun kali ini ia cuba dengan tangannya sendiri. Beliau melihat lubang tempat keluarnya hadiah. Lalu beliau masuk menyusup melalui lubang itu. Usahanya berjaya, namun apablia untuk keluar kembali tidak semudah semasa ia masuk.


Akhirnya ia pun terlekat di dalam mesin itu. Malangnya lagi, penjaga pusat itu tidak menemukan kunci untuk membuka kotak permainan itu.


Awalnya Christopher gembira semasa orang-orang melihatnya, namun lama-kelamaan orang semakin banyak berkumpul untuk melihat usaha mengeluarkannya, lalu ia pun akhirnya menangis. Masa selama 30 minit diambil untuk mengeluarkannya.



8. Nenek terkunci di bilik mandinya sendiri selama 3 minggu


Seorang wanita Perancis berjaya diselamatkan setelah terperangkap di bilik mandinya sendiri selama tiga minggu.


Nenek 69 tahun terperangkap setelah kunci pintu mengunci sendiri dari luar bilik mandi. Walaupun dia banyak membuat bising untuk mendapatkan bantuan, namun ia terpaksa bertahan hidup dalam bilik air sehingga jirannya sedar.


Mereka menyangka suara-suara bising pada malam hari adalah pekerja yang melakukan kerja pembaikan dan pemulihan apartemen.

Nenek yang tidak disebutkan namanya ini diselamatkan dari apartemennya di Essone, dekat Paris oleh polis. Mereka mengatakan ia telah berada dalam keadaan yang lemah ketika mereka menerjah masuk ke bilik mandi.

9. Wanita Perancis yang terperangkap di lift selama 3 hari
Seorang wanita Perancis semasa Perayaan Natal hampir mati setelah terperangkap dalam sebuah lift selama 72 jam. Wanita 19 tahun ini, dikenali sebagai Safiatou.Beliau masuk ke lift di perumahan Paris dan ditemui dalam keadaan dehidrasi tapi masih hidup tiga hari kemudian.

Ayah Safiatou's telah menghubungi pengawal bangunan untuk memberitahu anaknya yang hilang. Para petugas dan seorang juruteknik lift pergi untuk memeriksa tetapi tidak menemui seorang pun dan mengatakan tidak ada kerana alarm lift menyala.

Hari berikutnya ayah wanita ini telah melaporkan kepada polis tentang kehilangan anaknya. 3 hari kemudian, ketika seorang jurutenik datang untuk menyelesaikan kerja perbaikan lift, tangisan kecil lembut dari wanita muda itu didengarinya. Lucunya adalah mengapa Safiatou tidak menangis lebih awal agar dia segera ditemui.


10. Orang yang tersangkut dalam tandas semasa cuba untuk mengambil handphone
















Seorang pemuda di Jiangsu, China, terlekat di tandas ketika handphonenya terjatuh dan beliau cuba mendapatkannya kembali.

Ketika para pekerja penyelamat tiba di lokasi, mereka menemui orang itu membongkok dalam tandas di bilik mandi, seluruh lengannya terendam sehingga ke bahu di saluran pembuangan.Pekerja memecahkan saluran tandas itu sambil berhati- hati supaya tidak melukai orang itu.

Setelah 10 minit, orang itu bolehperlahan-lahan menarik lengannya dari tandas dan mengambil handphonenya yang digenangi air.




sumber : tulahan

No comments:

Post a Comment