1. Mandarin Fish
Ada 2 jenis ikan dari spesies ini, iaitu Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya memiliki pola dan warna yang lebih baik jika dibandingkan dengan Psychedelic. Harganya tidak lebih dari $ 20 per ekor, namun yang menjadi masalah adalah makanannya yang sukar dicari.
2. Discus
Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang mungkin merupakan ikan air tawar yang paling cantik. Harganya sangatlah mahal, anak ikan yang panjangnya hanya sekitar 3 inchi berharga di antara $ 50 - $ 80.
3. Lion Fish
Ikan ini juga di panggil Zebrafish. Tulang belakangnya memiliki racun yang sangat menyakitkan dan cukup berbisa.
4. Moorish Idol
Ikan ini sangat sukar untuk dipelihara menggunakan akuarium standard, dan juga harganya yang cukup mahal di pasaran.
5. Koi
Ada banyak variasi warna dari ikan koi (sekitar 100 jenis). Koi boleh mempunyai warna oren, merah, putih, keemasan, atau hitam. Beberapa peminat koi rela membayar ribuan dolar untuk seekor koi hanya untuk mencari pola warna koi yang terbaik.
6. Flame Angel
Ikan ini memiliki hubungan yang rapat dengan Coral Beauty. Sifatnya hampir sama seperti Coral Beauty, tetapi tidak sepenuhnya seperti Coral Beauty.
7. Coral Beauty
Ikan ini tergolong ikan yang mudah dipelihara di dalam akuarium dan dapat bertahan dengan baik dalam habitatnya.
8. Regal Tang
Ikan ini tergolong dalam family Surgeonfish, yang mempunyai pisau kecil yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutama untuk sistem pertahanannya untuk menghadapi pemangsa yang cuba mengancamnya.
9. Parrot Fish
Dinamakan demikian kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya yang berbentuk seperti paruh itu untuk memecah dan memakan invertebrata kecil yang hidup di kawasan karang. Biasanya ia akan memakan rumpai-rumpai batuan karang atau pasir laut lalu mengunyah invertebrata yang ada di dalamnya dan membuang sisanya.
10. African Cichlids
Ikan ini digelarkan sebagai "Sick-Lids". Ia ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi, Tanganyika, dan Victoria. Spesies yang ada di Tasik Victoria jumlahnya sedikit dan kurang berwarna-warni berbanding dengan yang lain. Biasanya ia membesar hingga 6-7 inchi, berbanding spesis Frontosoa, yang boleh membesar sehingga 12-14 inchi. Ikan ini adalah ikan air tawar yang boleh dengan dipelihara di akuarium rumah. Selain di Afrika, ada juga spesies ikan ini yang hidup di perairan Amazon, tapi ukurannya lebih besar dan lebih agresif dari ikan yang hidup di Afrika.
sumber : ketahuilah
No comments:
Post a Comment