www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Thursday, June 2, 2011

RASA PEDAS DAPAT TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI?




Suka makanan yang pedas? Ada khabar gembira buat penggemar makanan pedas seperti cili dan aneka rempah. Bukan hanya boleh membuat tubuh lebih segar dan enak, cili juga punyai khasiat dahsyat, terutama buat penghidap tekanan darah tinggi.

Banyak orang tidak sedap makan jika tak ada sambal atau rasa pedas cili. Walaupun harga cili sedang melambung naik, tetapi tetap diburu oleh penggemar sambal. Ada yang terasa kurang lengkap, kurang semangat jika makan tanpa cili atau rasa pedas menggigit. Bukan hanya memberi rasa pedas, cili juga mempunyai manfaat, iaitu mampu menurunkan tekanan darah!

Berdasarkan hasil kajian terkini, makanan pedas boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Para penyelidik, Third Military Medical University, menemukan adanya sel yang terkandung dalam cili yang dikenali dengan capsaicin (8-methyl-N-vanillyl-6-nonenamide). Sel ini mampu mengendurkan pembuluh darah.

Dalam ujian makmal, seekor tikus yang menghidap hipertensi, diberi sebatian capsaicin, dan diteliti perkembangannya. Ditemukan terdapat penurunan tekanan darah pada haiwan tersebut lebih rendah dari masa ke semasa.

Penemuan tersebut diterbitkan dalam Cell Metabolism Journal, yang menunjukan unsur capsaicin yang boleh mencetuskan kenaikan pengeluaran oksida nitrik - molekul gas yang memiliki kemampuan melindungi peradangan pada pembuluh darah.

Namun begitu, kajian yang lebih lanjut diperlukan untuk menentukan jumlah pengambilan cili pada setiap hari yang harus dimakan, untuk mendapatkan manfaat kesihatan tersebut. Tekanan darah tinggi kadang kala tidak memberikan tanda jelas akan datangnya serangan stroke, jantung dan gangguan ginjal. Seperti yang kita tahu kini, penyakit jantung sudah menjadi penyakit nombor 1 di dunia. Jadi, tidak ada salahnya makan sambal yang pedas menggigit dengan lebih kerap, mana tahu manfaatnya akan terasa di kemudian hari? Setidak-tidaknya tubuh lebih segar kerana berpeluh dan makanpun jadi lebih lahap!
sumber : agusta27

No comments:

Post a Comment