www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Monday, June 20, 2011

KETAHUI SERBA SEDIKIT TENTANG KEBAIKAN PELABURAN EMAS


1.   BERBICARA mengenai barang kemas, kaum wanita merupakan golongan yang paling gemar membelinya walaupun harga emas semakin menihgkat. Tidak dinafikan barang kemas seolah-olah telah menjadi menjadi keperluan kepada kaum Hawa dan juga secara tidak langsung melambangkan kemewahan dan status seseorang.

2.   Bukan setakat masyarakat Melayu yang menggemari barang kemas emas malah ia menjadi hadiah utamapada majlis perkahwinan kaum Cina dan India.

3.   Walaupun pada masa kini 'kegilaan'wanita telah beralih pada barangan perhiasan diri seperti kristal danbatu-batu permata, namun masih ramai yang mempercayai keistimewaan emas pada pemakainya.

4.   Harga emas akan sentiasa naik walaupun ada ketikanya ia akan turun sedikit tetapi selepas itu akan naik tinggi lagi.Kenaikan harga emas berlaku kerana bekalan yang tidak mencukupi, permintaan berlebihan dan juga ketidaktentuan pasaran. Ramai yang berasa lebih selamat melabur dalam emas berbanding kewangan kerana harga emas yang sentiasa naik.


5.   Emas merupakan sejenis logam yang amat sesuai untuk pelaburan dan bagi yang mempunyai wang khususnya wanita adalah lebih baik jika membeli emas pada masa ini dan jangan risau harganya akanturun.Sebenarnya kegemaran wanita membeli emas apabila mempunyai wang seperti selepas mendapatbonus, dividen saham dan sebagainya bukan sahaja menguntungkan mereka malah keluarga juga.

6.   Itu merupakan kelebihan wanita kerana selain membeli emas sebagai perhiasan diri, pada masa samamereka turut membuat pelaburan dan dapat digunakan semasa susah seperti ketika anak bersekolah atau melanjutkan pelajaran ke universiti.
7.   Orang Melayu merupakan golongan yang banyak membeli emas untuk dipakai sendiri, sementara kaumCina lebih suka membeli dalam bentuk jongkong emas untuk pelaburan.

8.   Orang Melayu sudah mula memahami dan menyedari mengenai kelebihan dalam pelaburan emas sejakdua atau tiga tahun lepas. Bagi yang hendak membeli dalam bentuk jongkong emas, beli daripada jauhariyang bertauliah bagi mengelakkan daripada ditipu.

9.   Terdapat jongkong emas dengan berat 10 gram, 50 gram, 100 gram dan 500 grain. Jongkong yang terlalu tebal mungkin mengandungi kurang kandungan emas 916. Jongkong emas yang popular adalah emas 916 dan 999 dan cuma harga emas sahaja yang dikira tanpa upah. Keuntungan boleh dilihat apabila jongkong dijual ketika harga emas naik.

10. Kita harus mempunyai pengetahuan untuk mengambil peluang pada harga emas kini bagi membeli emas kerana belian emas yang dibuat pada tahun ini adalah menguntungkan.

11. Begitu juga dengan lelaki Melayu, jika dua, tiga tahun dulu mereka suka berbelanja mewah dengan membeli kereta besar, menambah aksesori kereta atau membeli set barangan elektrikyang mahal tetapi kini sudah mula pandai membeli emas. Pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.

Kenapa Emas?
1. Hargayang stabil
2. Penentu nilai matawang sesuatu negara
3. Kalis inflasi
4. Portfiolio pelaburan alternatif
5. Nilai emas tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik, dan bencana alam

Apa Kata Pakar Kewangan Mengenai Emas?
"Harga minyak yang tinggi dan nilai dolar AS yang lemah menjadi punca peningkatan harga emas" Gary Yue, Delta Asia Financial Group. (Berita Marian - 11 Januari 2008)
Minat atau trend membeli emas khususnya oleh pelabur-pelabur global dijangka terus meningkat pada tahun ini ekoran fungsi komoditi tersebut sebagai penyimpan nilai yang kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda dunia ketika ini. (Utusan Malaysia - 11 Januari 2008)
Pakar Kewangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera ketika ditemui baru-baru ini pula berkata, emas merupakan penyimpan nilai kukuh sejak zaman kegemilangan pemerintahan Islam dahulu lagi.
"Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. "Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi," tambahnya (Berita Marian - 11 Januari 2008)
Penganalisis Majlis Emas Sedunia (WGC) yang berpangkalan di Switzerland, Rhona O'Connell berkata, emas merupakan pelaburan paling selamat dalam ketidaktentuan ekonomi global sama ada akibat tekanan kewangan atau peperangan dan berfungsi sebagai pelindung nilai daripada tekanan inflasi."Kebimbangan yang berterusan mengenai peningkatan kadar inflasi dan ketegangan politik serta jangkaan kelemahan nilai dolar AS, harga emas dijangka terus melonjak pada tahun 2008," kata O'Connell menerusi laporan penyelidikannya, baru-baru ini. (Utusan Malaysia, 11 Januari 2008).

No comments:

Post a Comment