Review terbaru melibatkan gambar dan informasi terbaru Proton P3-21A ini diambil semasa Proton telah didedahkan oleh laman blog Proton Sales selepas menghadiri sesi ‘P3-21A Product Knowledge Training’ baru-baru ini…
Bagi kami model kereta Proton yang ada pada hari ini memang kami akui ada penambaikan. Kesilapan Proton dahulu disebabkan tidak dijaga dan diuruskan dengan baik selama tempoh 10-15 tahun. Dengan model kereta Proton masih lagi ada di jalan walaupun mengalami masalah kecil, apatah lagi masalah besar. Jadi ini semua telah menjadi rekod buruk kepada Proton terhadap model-model kereta mereka. Ditambah dengan persoalan harga yang ditawarkan kepada pelanggannya.
Kalau sebelum ini model-model kereta Jepun dan Continental yang apabila masuk di Malaysia dahulu sudah ada track record yang baik. Tetapi tidak selamanya begitu. Sekarang ini pun model kereta Jepun yang agak terkenal lebih-lebih lagi di Malaysia, sudah mula dilihat beberapa kali “terlepas pandang” aspek ketelitian pengeluaran model kereta mereka lebih-lebih lagi kualiti apabila kilang telah di’outsource’ keluar.
Kereta-kereta luar negara sudah ada trademark dan ciri-ciri tersendiri. Sebagai contoh :
- Honda dengan Vtec
- Alfa romeo dengan twinspark dan handling yang bagus dan lain-lain kereta yang ada ciri-cirinya yang tersendiri.
- Malaysia dahulu cuma boleh di banggakan dengan enjin campro CPSnya tetapi masih lagi ‘hijau’ track record enjin ini. Walaupunbagimanapun kami mula terasa kekuatan magnet dari Proton sekarang, tambah-tambah lagi kalau yang telah di tala oleh R3.
Sekarang ini tampak mereka sedang berusaha untuk ke arah penambaikan ke arah yang lebih baik. Baca review Proton P3-21 yang dihasilkan oleh saudara Nazz yang merupakan pemilik laman Proton-sales.blogspot.com
Review Proton P3-21A (saudara Nazz)
Inilah model yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia, P3-21A dan berita mengenainya tidak henti-henti dan semakin panas diperkatakan sejak tahun 2010 lagi.
Banyak informasi yang saya ingin kongsikan pada anda semua kali, ada diantara ciri-ciri nya telah pun kita semua ketahui sebelum ini yang telah didedahkan oleh rakan-rakan dan Tun Mahathir juga di blognya chedet.cc, tetapi banyak lagi rupanya ciri-ciri lain yang masih belum di kenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut.
- Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
- Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
- Follow Home Lamp
- Headlamp Warning Buzzer
- Trunk Remote Release
- Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
- Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area ‘pilar B’
- Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
- Front & Rear Fog Lamp
- Anti-Trap Power Windor - Driver side only
- Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
- Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
- Autolock & Advance Lock System
- Magnisium Inside Door Handle
- Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
- BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
- YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
- S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
- BCM - Body Control Module
Review Proton P3-21A – CIRI-CIRI KESELAMATAN
- 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
- TC (Traction Control)
- ESC (Electronic Stability Control)
- BA (Braking Assist)
- 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
- 5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.
Review Proton P3-21A - DIMENSI :
- Length = 4.543m
- Width = 1.786m
- Height = 1.524m
Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic
Review Proton P3-21A - CASIS
- Boot Space: 508 liter - Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic
- Turning Radius: 5.3 meter
- Full Tank Capacity: 50 liter
- Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol
Review Proton P3-21A - POWER-TRAIN
- 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
- 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat
Review Proton P3-21A – VARIAN
- Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
- Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
- Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT
Review Proton P3-21A – WARNA
- Solid White
- Tranquility Black
- Genetic Silver
- Fire Red (my favorite)
- Blue Lagoon
Review Proton P3-21A - Ciri-ciri Lain Proton P3-21A Yang Diketahui Sebelum Ini :
- Auto Cruise Control
- Keyless Push Start (ON/OFF)
- Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
- Audio Switch Steering Control
- Soft touch plastic dashboard
- Emblem on Steering Wheel
- ISOFIX
- Rain Sensor
- Light Sensor
- Day light Front LED
- Sport Rim 16″ (10 Spoke)
- Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING
Sementara itu, saya sempat menyampaikan pendapat para komentar di internet dan blog kepada pihak atasan, yang mana Proton kurang membuat pengiklanan dan promosi di Television tentang kelebihan dan ciri-ciri yang ada dalam kereta-kereta mereka. Pihak Proton menerima pendapat tersebut dan susulan segera akan diambil. Terima kasih kepada yang memberikan pendapat dan maklum balas positif. Kita semua sudah tentunya tidak mahu abang-abang R&D ‘syok sendiri’ buat itu buat ini, tapi akhirnya makcik-makcik kat rumah yang layan drama TV, tak tau-menahu tentang ‘improvement’ dan kelebihan produk yang kita ada, sebab adik-adik di bahagian Marketing terlepas pandang, walhal makcik-makcik kat rumah tu lah sebenarnya merupakan ‘decision maker’ dalam keluarga mereka.
Secara keseluruhan dan peribadinya, saya amat berpuas hati dengan ciri-ciri yang diberi. Dari segi reka-bentuk, saya juga yakin ramai akan berpuas hati setelah melihat sendiri di depan mata. Ada yang bertanyakan kepada saya sebelum ini, apakah ‘WOWW!!! factor’ P3-21A ini? Bagi saya, ’WOWW!!! factor’ model ini bukan sahaja pada reka-bentuk, tetapi lebih pada ciri-ciri yang ditawarkan. Memang tiada tolok bandingnya model ini dalam Segment C, dan yakin saya katakan, “BEST IN ITS CLASS”.
Dan secara keseluruhan, semua ciri-ciri (accessories, performance, safety, space & etc.) yang diberi, tiada dalam City, Vios, Forte, Altis, Civic, Swift & Fiesta. Mungkin salah satu atau beberapa memang ada, tetapi bukan semua sekali gus dalam sebuah kereta. Ciri-ciri sebegini hanya mungkin ada dalam sebuah kereta RM130,000 dan ke atas sahaja.
Semua di atas adalah hasil nukilan penulis Proton-sales.blogspot.com
Berdasarkan sumber yang ada difahamkan harga Proton P3-21A dianggarkan sekitar RM65,000 – RM75,000. Jadi kami berharap membuat keputusan yang terbaik ketika menentukan harga yang bersesuaian dengan “kehendak pasaran”.
Apatah lagi ini merupakan kereta global Proton, jadi untuk membolehkan model kereta Proton P3-21A terus bersaing di peringkat global agak tidak sesuai untuk diletakkan harga yang tinggi seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh Proton sebelum ini. Apa pendapat & pemerhatian anda pula dengan perkembangan model-model kereta Proton hari ini?
kredit : berita semasa
No comments:
Post a Comment