www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Tuesday, December 13, 2011

(BERGAMBAR) 10 IBU TERKAYA DI DUNIA TAHUN 2011


10 Ibu Terkaya Di Dunia

Alangkah indahnya dunia kalau mak aku pun tergolong 
dalam golongan ibu-ibu yang terkaya di dunia..Tak 
payah susah-susah nak kerja, cukup bulan, mintak 
je duit poket, apa ada hal, mak aku orang kaya la kata
kan..hahahaha

Tapi itu hanya sekadar imaginasi liar aku sahaja..Macam 

mana pun aku tetap bersyukur dengan mak yang aku ada 
sekarang ni, biar tak kaya harta pun tak apa, asalkan kaya 
dengan sifat kasih sayang..Betul tak?

So, cuba korang tengok-tengok, mana tahu mak korang 

mungkin tersenarai sama dalam list ni..hehehehe =D

10. Charlene de Carvalho-Heineken (Netherlands) $7 billion

Berpendidikan jurusan undang-undang di Universiti of Leiden, 
London. Merupakan ibu kepada 5 orang anak.

9. Anne Cox Chambers (U.S) $10 billion

Pernah bekerja sebagai guru sekolah dan wartawan surat 
khabar. Status bercerai dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.

8. Jaqueline Mars (U.S) $11 billion

Pemilik kilang coklat terkemuka dunia seperti Snickers, Milky Way 
dan M&M's. Status bercerai dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.

7. Iris Fontbana (Chile) $11 billion

Pewaris harta suaminya yang berupa iaitu Antofagasta, iaitu 
lombong tembaga terbesar di dunia. Berstatus janda dan 
mempunyai 3 orang anak.

6. Susanne Klatten (Germany) $11.1 billion

Waris perempuan dalam syarikat automobil terkemuka dunia, 
BMW yang berkelulusan MBA dari sekolah perniagaan IMD 
di Lausanne, Switzerland. Status berkahwin dan mempunyai 
3 orang anak.

5. Abigail Johnson (U.S) $11.5 billion

Bakal pewaris Fidelity Investments, dana bersama syarikat 
yang terbesar di Amerika. Berkelulusan MBA dari Harvard dan 
menyertai bisnes keluarga pada tahun 1988. Status berkahwin 
dan mempunyai 2 orang anak.

4. Savitri Jindal (India) $12.2 billion

Pewaris harta suaminya iaitu O.P Jindal Group, perniagaan yang 
berasas kan besi dan konglomerat. Status janda dan mempunyai 
9 orang anak.

3. Birgit Rausing (Sweden) $13 billion

Pewaris empayar perniagaan peninggalan suaminya, iaitu 
syarikat pembungkusan terbesar, Tetra Laval (yang buat 
bungkusan air kotak tu). Status janda dan mempunyai 3 orang anak.

2. Liliane Bettencourt (France) $20 billion

Waris perempuan yang mewarisi harta peninggalan arwah 
ayah nya, pengasas kosmetik gergasi L'oreal. Status janda 
dan mempunyai seorang anak perempuan.

1. Christy Walton (U.S) $22.5 billion

Menjadi jutawan pada tahun 2005 apabila suaminya, anak 
kedua pengasas Wal-Mart Stores, terkorban dalam nahas 
pesawat ringan. Status janda dan mempunyai seorang anak.

Sumber Forbes, 12 May 2011

p/s: berbangga lah dengan ibu korang se-adanya =)

kredit : sochai

No comments:

Post a Comment