SEDIKIT INFO TENTANG JAMBATAN KEDUA DI PULAU PINANG YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN

- Menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.
- Jambatan ini menelan kos kurang RM 4.5 bilion.
- Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.
- Mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
- Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini.
- Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai.
- 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan.
- Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini.
- Mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah.
- Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara.
- Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.
- Mencapai 65 peratus (Oktober 2011) tahap kesiapan dan dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada November 2013.

No comments:
Post a Comment