www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Monday, October 31, 2011

KEBESARAN TUHAN! BUMI DICIPTAKAN DENGAN CUKUP SEMPURNA

Bumi Dicipta Dengan Sempurna
Salah satu penemuan mutakhir di dunia sains yang menjadi buah bibir di kalangan ahli sains adalah apa yang disebut “prinsip anthropic”. Prinsip ini mengungkapkan bahawa setiap detail yang terdapat di alam semesta telah dirancang dengan ketepatan yang sempurna untuk memungkinkan manusia hidup.
Contoh kecil dari prinsip anthropic ini dapat kita temui pada fakta-fakta yang berkaitan dengan keadaan bumi. Dalam perkara ini, seorang astronomi Amerika Hugh Ross dalam bukunya yang berjudul The Fingerprint of God, Recent Scientific Discoveries Reveal the Unmistakable Identitiy of the creator telah membuat penemuannya sendiri seperti berikut.
Jarak matahari ke bumi adalah 149,669,000 kilometer.Jarak ini dikenali sebagai satuan astronomi dan biasa dibulatkan (untuk memudahkan perkiraan) menjadi 148 juta km. Dibandingkan dengan bumi, diameter matahari kira-kira 112 kali ganda. Daya tarikan matahari kira-kira 30 kali ganda daya tarikan bumi. Sinar matahari menempuh masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.
-Jika lebih jauh: planet bumi akan terlalu sejuk bagi kitaran air yang stabil
-Jika lebih dekat: planet bumi akan terlalu panas bagi kitaran air yang stabil
2. Graviti di permukaan bumi
Graviti permukaan dari sebuah objek astronomi (planet, bintang, dll) adalah kecepatan graviti yang berlaku pada permukaan objek tersebut. Graviti permukaan bergantung pada massa dan radius objek tersebut. Seringkali graviti permukaan dinyatakan sebagai ratio dengan nilai yang berlaku di Bumi.
-Jika lebih kuat: atmosfera bumi akan menahan terlalu banyak gas beracun (amonia dan methana)
-Jika lebih lemah: atmosfera bumi akan terlalu tipis kerana banyak kehilangan udara

Thursday, October 27, 2011

GAMBAR-GAMBAR KEADAAN BANJIR DI THAILAND

Di Thailand telah berlaku banjir yang agak buruk dan berpanjangan. Alhamdulillah kita kat Malaysia tak dikenakan lagi bencana macam yang berlaku pada negara jiran. Tapi dua tiga hari ni kat Pantai Timur dah mula hujan yang agak panjang tanpa henti. Walaupun tak lebat tapi berpotensi juga untuk banjir kalau hujan yang berlaku ni berterusan. Moga-moga negara kita tak berlaku banjir yang teruk macam di sana.. Amin.. Disini ade gambar-gambar banjir kat Thailand yang dapat dikongsikan bersama semua... Dikatakan banjir disana mungkin akan jadi lebih teruk memandangkan paras air laut akan naik lagi malam ini.... 

Tuesday, October 25, 2011

SEDIKIT INFO TENTANG BANDAR TAIPING, PERAK


Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2000, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 199,330 orang.
Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.
Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. terdapat juga sebuah sekolah berasrama penuh di sini.

Sunday, October 23, 2011

MENARIK! VIDEO AKSI TANGKAS HERO-HERO BOLLYWOOD

Korang boleh buat ker macam dalam video ni? tah kenapa aku suka tgk aksi-aksi diorang ni dan rasa nak kongsikan bersama... 


MENARIK! VIDEO GELAGAT SEORANG AYAH BERMAIN DENGAN ANAK KECILNYER

Bagi yang belum penah jadi seorang ayah... mungkin suatu hari nanti akan merasa... bukan senang nak jadi ayah ni... kita lihat salah satu video yang menarik gelagat seorang ayah yang bermain dan cuba meriangkan anak kecilnyer.. mungkin anda boleh cuba memperaktikkan nanti... he he...


     

SEDIKIT INFO TENTANG REVOLUSI MERCEDES BENZ DARI 1886 HINGGA KINI

Mercedes Benz dan BMW adalah lambang kekayaan atau pun lambang kejayaan seorang lelaki. Kalau tak berduit problem juga nak pakai Merc ni almaklumlah kos maintenance yang tinggi. Gambar di bawah ialah gambar Mercedes Benz yang pertama iaitu pada tahun 1886 hingga kini.




Thursday, October 20, 2011

APAKAH SIFAT 7'C' IAITU SEBAB SUAMI MEMBENCI ISTERI


1.CABAR - Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


2.CABUL - Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


3.CELUPAR - Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


4.COMOT - Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


5.CEMBURU - Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


6.CEREWET - Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


7.CINCAI - Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... CONTOH anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C tu. Renungkanlah..... - Dr. Fadzilah Kamsah via facebook

SEDIKIT INFO TENTANG JAMBATAN KEDUA DI PULAU PINANG YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN


  • Menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.
  • Jambatan ini menelan kos kurang RM 4.5 bilion.
  • Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.
  • Mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini.
  • Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai.
  • 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan.
  • Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini.
  • Mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah.
  • Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara.
  • Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.
  • Mencapai 65 peratus (Oktober 2011) tahap kesiapan dan dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada November 2013.



Wednesday, October 19, 2011

SANTAI! KISAH 4 ANAK DARA DIKAHWINKAN SERENTAK

Ini adalah kisah empat orang pengantin baru yang baru dinikahkan oleh orang tuanya....

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.

Satu hari mereka berdua berpakat untuk kawinkan anak-anak ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat-empat anak itu bercadang untuk pergi berbulan madu. Siti pergi bulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, hantar SMS dengan menggunakan "slogan iklan" yang ringkas, padat dan tepat."
Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.


Dalam beberapa hari, terima SMS dari Siti yang bertulis'Standard Chartered' . Dicari-cari kedua suami isteri akan iklan Standard Chartered. Tersenyum kedua-duanya membaca iklan yang bertulis "Besar, Teguh dan Peramah."
Syukur, bahagialah si Siti.

Esoknya terima pula SMS dari Seri yang bertulis 'Nescafe'. Segera Mak Minah dan Pak Mat mencari-cari iklan Nescafe. Tersenyum suami isteri membaca slogan iklan yang bertulis 

"Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir."
Alhamdulillah, bahagialah si Seri ...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula SMS dari Murni yang bertulis 'KFC'. Dicari iklan KFC. Tersenyum kedua mereka membaca slogan iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari.'

Bahagia juga si Murni dengan suaminya...

Seminggu berlalu, tiada lagi berita dari Suri. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Maklumlah ini kali pertama mereka berenggang anak beranak.

Masuk minggu kedua minggu... tak ada jugak SMS.

Dah minggu ke tiga, barulah terima SMS dari Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA ".

Bergegas le Mak Minah cari slogan iklan syarikat penerbangan itu, Tak sabar nak tahu apa yang sudah terjadi pada anak bongsunya. Bila dibaca slogan iklan tersebut, Mak Minah dan Pak Mat terkelip-kelip tak tau nak cakap apa....

Mak Minah terus menangis. Tak tahu menangis suka atau sedih. Apa nasib Suri yang terpahat dalam slogan Air Asia?

Apa slogan iklan itu ...??




MAKK Ai!! kata ayah suri 
"7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI..NON-STOP" 
pulak tu, patut la nak sms kite pun
tak sempat mak nya yer
(sambil berkerut kening duanyer)


MENYAYAT HATI! VIDEO BUDAK 2 TAHUN YANG DILANGGAR TANPA DIPEDULI ORANG RAMAI

Sangat menyayat hati. Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun dilanggar oleh 2 kereta dan tidak dipedulikan oleh 18 orang yang lalu kat situ.
Kejadian ni berlaku di salah satu jalan di Guangzhou Foshan, China. Korang saksikan sendiri, betapa tak berperikemanusiaannya orang-orang kat sana.

Kat berita Tv3 tadi katanya budak tu sekarang dalam keadaam koma. Harapnya orang di Malaysia lebih prihatin jika kejadian seperti ini berlaku di depan mata. Kekadang ada perkara yang kita "kena jaga tepi kain orang" macam hal seperti ini.



CANTIK! KAMPUNG INDAH YANG TIADA JALAN RAYA

Photobucket
Kampung ini bernama Giethoorn di Belanda. Terdapat lebih kurang 50 jambatan kayu kecil ada di kampung itu. Ia di dirikan sekitar 1230 oleh pelarian yang berasal dari daerah mediterranian yang menetap di sana.

Ia adalah tempat yang sangat indah untuk dikunjungi kerana kampung ini sangat unik kerana tidak ada sistem jalan raya di sini. Semua pengangkutan menggunakan sistem perairan sungai.
Sampan-sampan hanya dikayuh perlahan manakala sampan dan bot yang menggunakan enjin diwajibkan berbunyi perlahan supaya tidak mengganggu kedamaian dan ketenangan di desa yang indah ini.
Tiada pencemaran asap, tiada pencemaran bunyi, tiada speed trap dan tiada aksi berani mat rempit.