www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Tuesday, November 18, 2014

PELIK TAPI BENAR! JALAN DITUTUP UNTUK BERI LALUAN KEPADA KETAM



Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.

Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.

Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika 'melintas'.

Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.

Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.

Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan beragama islam. Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu.

sumber broblogger

kredit : azelery

No comments:

Post a Comment