www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Tuesday, July 24, 2012

RAHSIA SOLAT BERJEMAAH DIRUNGKAIKAN MELALUI TEORI FIZIK


Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. 

Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. 

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.



Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. 

Wednesday, July 18, 2012

INFO! MARI LIHAT SUNGAI TERJERNIH DI DUNIA

Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.
Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping.
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River

INFO! ANTARA SPESIS-SPESIS KUCING PELIHARAAN YANG CANTIK & MAHAL DI DUNIA

1.PERSIAN CAT 
Persian adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Universal peringkat nombor satu jenis yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia.

Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia (Iran). Diakui sebagai fancy kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali oleh England, dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Di Britain, persia dipanggil seniman atau pemain muzik klasik.

Walaupun Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, ini boleh diganti dengan personaliti, tetapi bulunya boleh menjadi mimpi buruk untuk dikekalkan. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa selesa.

2.SIAMESE CAT
Siamese adalah salah satu jenis yang pertama diakui kucing keturunan Oriental. Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang biak dari asal ke Siamese Moden menjadi rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot.

Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan.Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam. Seekor kucing Siamese selalu ingin menjadi tarikan dan perhatian.

Kucing ini ingin diperhatikan. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian. Kucing ini cenderung ingin mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya.

Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. Bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya. Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang...

3.THE MAINE COON CAT
The Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan bersegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya.

Maine Coons adalah salah satu jenis kucing yang besar. Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14 paun. Kucing ini kuat, lembut dan penuh kasih dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak berhias seperti Persia.

4.ABYSSINIAN CAT
The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu dicipta sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya. Kucing ini  dikatakan berasal dari Mesir,tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti.

The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian.

Setiap bulu mempunyai warna asas dengan tiga atau empat jalur berwarna gelap,bulu berwarna lebih terang pada akar berhampiran kulit,dan gelap "ticking" warna di hujungnya. Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia.

Tuesday, July 17, 2012

SANTAPAN MINDA! 6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI KEPADA MURIDNYA


Ketika Imam Al-Ghazali sedang menyampaikan ilmiah kepada anak-anak muridnya, beliau telah bertanyakan enam soalan kepada mereka. Apakah soalan tersebut ?

Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama besar yang tekun mempelajari ilmu tasawwuf di akhir hidupnya dan karya besarnya berjudul Ihya Ulumuddin menerangkan keutamaan sifat tawaduk dalam hidup manusia. Iman Al Ghazali bertanyakan enam soalan kepada muridnya untuk mendapatkan pandangan mereka dan soalan penting itu ialah:

1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)

2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Pesanan yang telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali amat berguna sekali kepada kita semua. Semua pesanan ini ada bersangkut paut dengan kehidupan kita. Lebih-lebih lagi kita berada di umat akhir zaman yang penuh dengan cabaran. Semoga kita mampu sama-sama mengharunginya.


kredit : sumberislam

Monday, July 16, 2012

TAHUKAH ANDA? INILAH ANTARA HANDPHONE YANG POPULAR SUATU MASA DAHULU DI MALAYSIA

Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android, sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Siapa tahu anda terlupa? Atau mungkin baru lahir pada masa itu? kita akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya!

5. Nokia 3210
Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari H/P ini.

4. Ericsson T10
Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!

3. Nokia 8210
Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.

2. Motorola RAZR…
Dulu Nokia memang H/P yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’.
Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus H/P-H/P Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .

1. Nokia 5110
Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu H/P pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai H/P ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.


Adakah anda juga punya mempunyai salah satu dari lima telefon bimbit ini? Atau jangan-jangan anda pernah mempunyai kesemuanya?



kredit :melayukuhebat

Thursday, July 12, 2012

INFO! AKTIVITI JUALAN PRODUK KRAFTANGAN USAHAWAN DI GALERI JUALAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

Bermula pada bulan Mac 2012, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah membuka semula Pusat Jualan Kraf yang diadakan di galeri yang terdapat di cawangan. Antara barangan yang dijual di galeri jualan berkenaan adalah seperti:

- Produk kraf anyaman mengkuang/ daun sal  
- Produk kraf tembaga
- Produk kraf batik
- Produk kraf kulit 
- Produk kraf songket
- Produk Cenderamata dll

Untuk makluman Galeri jualan dibuka pada setiap hari bekerja. Waktu urusniaga di galeri jualan adalah seperti berikut:

-Ahad hingga Rabu  = 9.00 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 5.00 petang.   
-Khamis                    = 9.00 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 3.30 petang
-Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum galeri ditutup.


Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu untuk melihat serta membeli produk kraftangan yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.  
Selain membeli produk jualan kraftangan, pengunjung juga boleh melihat aktiviti penghasilan produk aneka kraf jahitan di bengkel inkubator yang terdapat di cawangan.



"CINTAILAH KRAF MALAYSIA"
ALAMAT LOKASI:
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Terengganu
Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering,
Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tel.             09 – 6171033       / 6171034 
Fax. 09 – 6172381

kredit : pkkmterengganu.