www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Tuesday, September 20, 2011

KASIHANNYA! KANAK-KANAK 20 BULAN MENYUSU DENGAN LEMBU

Seorang kanak-kanak lelaki di Kemboja yang berusia 20 bulan mula menyusu dengan lembu setelah ibu dan bapanya pergi mencari pekerjaan di kawasan bandar. Kanak-kanak tersebut tinggal bersama datuknya.

Dia mula menyusu dengan lembu setelah melihat anak lembu tersebut juga melakukan perkara yang sama. Datuknya telah melarang tetapi dia meronta-ronta ingin menyusu dengan lembu tersebut.

Apa akan jadi kepada kanak-kanak tersebut sekiranya terus menyusu dengan lembu?? 







kredit : siasahkini

TAHUKAH ANDA? MAKAN COKLAT SAMA SEPERTI BERSENAM



Nampaknya kini anda boleh memakan coklat dengan kurang rasa bersalah kerana saintis mendedahkan coklat gelap mempunyai bahan yang meningkatkan keupayaan otot, sama seperti dengan menggunakan mesin larian di gimnasium.

Menurut penyelidik Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, kajian mengenai bahan epikatekin di dalam coklat gelap ke atas tikus makmal mendapati bahan itu meningkatkan tenaga di dalam otot, membolehkan haiwan itu melakukan senaman dengan lebih lama.

Tikus diberikan epikatekin mampu bersenam sama seperti tikus yang diletakkan di atas mesin larian setiap hari dan saintis akan mengkaji sama ada kesan serupa dapat dilihat pada manusia.

“Senaman seperti aerobik, berlari dan berbasikal meningkatkan jumlah sel mitokondria yang memberi tenaga kepada sel otot.

“Epikatekin mempunyai kesan sama dalam meningkatkan jumlah mitokondria, terutama pada otot jantung dan rangka,” menurut ketua penyelidik, Dr Moh Malek.



kredit : paapaada

HARGA MINYAK MALAYSIA BERBANDING 11 NEGARA PENGELUAR MINYAK DUNIA LAIN

Berikut disenaraikan 11 negara pengeluar minyak dunia termasuk Malaysia. Kalau le harga minyak kita murah macam negara kat bawah ni, pasti semua pengguna kereta kat Malaysia ni tersenyum lebar je nak gi makan angin jarak jauh. Kalau harga macam kat negara Venezuela, maknanya orang Malaysia lebih senyum beli minyak petrol dari beli air mineral kat kedai. Dahsyat dan terkezut jugak aku tengok harga minyak diorang ni. Macam tak percaya! Tapi ini le rialiti.... :) 


kredit : bujang susah

Thursday, September 15, 2011

10 DIANTARA ISTANA TERCANTIK DI DUNIA

Bila disebut pasal istana kita pasti akan terbayang bangunan yang megah tesergam indah bukan? Pelbagai jenis dan rekabentuk istana yang terdapat di seluruh dunia. Dibawah ini saya ingin kongsikan antara gambar-gambar istana di serata dunia yang megah berdiri dan mempunyai keunikan serta keindahan yang tersendiri.


1.Boldt Castle, Alexandria Bay, New York, USA


2.De Haar Castle, Netherlands


3.Hunyad Castle, Hunedoara, Romania


4.Dunrobin Castle, Scotland


MARI PELAJARI SERBA SEDIKIT MENGENAI JENIS-JENIS LAMPU KEDIAMAN ANDA


Tahukah Anda? : Jenis-jenis Lampu Di Kediaman Anda

Fungsi Lampu

Lampu adalah elemen utama bagi pencahayaan. Sebelum memilih sumber pencahayaan, pemahaman tentang terminologi asas mampu menerangkan output lampu seperti berikut:

Suhu Warna:

Sumber cahaya dengan penampilan 'warm' seperti penggunaan lampu tungsten biasa menurut istilah teknikal iaitu mempunyai suhu warna 3000 deg.K. Istilah biasa lebih dikenali sebagai cahaya sederhana kuning atau 'warm white'. Suhu warna boleh mencapai sehingga 6000 deg.K. Ia lebih dikenali sebagai 'cahaya siang' atau 'white light'. Terdapat juga suhu warna di antara 3000 deg.K  ke 6000 deg.K, contohnya 4000 deg.K. Suhu warna ini dikenali sebagai 'intermediate warm white'.

Tindak Balas Warna:

Tindak balas warna mampu menyediakan warna sebenar dan memberi karakter pada sesuatu objek. Contohnya untuk menghasilkan hiasan dalam yang terbaik, hanya jenis lampu terbaik digunakan bagi menghasilkan spektrum warna yang penuh di ruang. Terdapat beberapa jenis lampu, iaitu:

a. Lampu Tungsten atau GLS

- Adalah jenis lampu yang biasa digunakan. Disediakan hanya untuk karakater warna 'warm white'. Dalam hiasan dalaman penggunaan lampu jenis ini masih diguna pakai kerana menyediakan tindak balas warna terbaik. Namun lampu jenis ini tidak menggunakan tenaga elektrik dengan efisyen dan tidak tahan lama.

Wednesday, September 14, 2011

RENUNGAN BERSAMA! ERTI SEBUTIR NASI

Jurugambar Bernama Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia. Alfatihah buat Arwah. Tapi yang tak bestnya bukan kisah arwah yang meninggal tapi macam-macam isu hangit yang timbul sebab politik. Syahid ke tak? Salah siapa hantar arwah ke sana, duit insuran bla..bla..bla..
Kerana isu hangit ini, kita ter’miss’ isu utama yang seharusnya kita fokus. Penderitaan saudara seagama kita di Somalia terutama kanak-kanak yang menderita kebuluran dan wabak penyakit.
Photobucket
Gambar di atas ialah gambar yang sangat popular jika kita menyebut kanak-kanak kebuluran. Pasti korang pernah melihat gambar ini tetapi tahukah anda cerita di sebalik gambar di atas?

Tuesday, September 6, 2011

MENARIK NI! KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR DUIT LAMA NEGARA MALAYSIA


Koleksi Duit Duit Lama Malaysia -Malaya..
Inilah rupanya orang panggil duit daun pisang






RM1000 1989

RM500 1989

RM50 1998
RM20 1989
RM10 1976
RM5 1986 & 1989 (Ada cross flag kat belakang duit ini)

RM1 1981-1983
RM1 1976-83
Yang bawah ni pulak duit zaman malaysia sebelum mardeka
Wang berkenaan dikeluarkan pada 1940
10cents 1941malaya
20cents1941

50cents1941

wang kertas bernilai 1 dolar dikeluarkan kerajaan British, sekitar 1960-an

25 cents 1940 malaya
duit lama cap kerbau tahun 1953
Yang ni pulak duit zaman penjajahan jepun kat tanah melayu,duit ni di kenali dengan duit cap pokok pisang
Malaya & British Borneo 1957 1 cent MS63RD
Duit-Syiling-Lama-1-Cent-serawak 1930
This is the money a dollar North Borneo (now Sabah) in 1927
British North Borneo tahun 1903 dan 1920

TAHUKAH ANDA? TERDAPAT SINGAI HIJAU DI KANADA


Sungai ini terletak di Goldstream Park, Kanada. Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai "Fluorescein" menyebabkan air sungai tersebut kelihatan berwarna hijau, namun bahan kimia tersebut tidak mengandungi toksik dan tidak menjejaskan habitat semula jadi di kawasan sungai tersebut.



JANGAN TIRU! SURAT PUTUS CINTA DALAM BAHASA INGGERIS YANG TAK PATUT DI BUAT ORANG


Seorang mamat bernama Ijoi nak memutuskan hubungan dengan kekasihnya bernama Linda kerana kekasihnya bermain kayu tiga keluar dengan lelaki lain semasa shopping sebelum raya. Kerana geram dan nak tunjuk terer dengan kekasihnya itu, Ajoi sengaja menulis surat dalam Bahasa Inggeris dengan berbekalkan pengetahuan bahasa Inggeris yang cukup makan, google translate dan kamus online.
Berikut adalah kandungan surat Ajoi dan terjemahan maksudnya:
Hi Linda, together this letter I want to give know you
(hai Linda, bersama surat ini saya ingin memberitahu awak)
I want to cut connection we
(saya ingin memutuskan hubungan kita)
I have think thing this cook-cook
(saya telah memikirkan perkara ini masak-masak)
I know my love only clap half hand
(saya tahu cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan)
Correctly, I have see you out with a man at town with my eyes head alone
(sebenarnya, saya telah melihat awak keluar dengan seorang lelaki di bandar dengan mata kepala saya sendiri)
You always ask sorry repeat-repeat times
(awak selalu minta maaf berulang-ulang kali)
You eyes drop tears
(mata awak mengalirkan airmata)
You correct-correct a woman knife razor
(awak benar benar seorang perempuan pisau cukur)
Past, my friend speak I am play with fire
(dulu, teman saya cakap saya bermain dengan api)
Now I know, I correct-correct play fire
(sekarang saya tahu saya benar benar bermain api)
So, I cut connection and pull body from love triangle this
(jadi, saya putuskan hubungan dan menarik diri dari cinta segitiga ini)
I know result I pick this very correct, because you love she more from me
(saya tahu keputusan yang saya ambil ini benar, kerana awak mencintai dia lebih dari saya)
But I still will not go far far from here
(namun saya tetap tidak akan pergi jauh dari sini)
I don’t want you play-play with my liver
(saya tidak ingin awak main-main dengan hati saya)
I have been crying night night until no more eye water thinking about your body
(saya menangis malam-malam sampai tidak ada lagi airmata memikirkan dirimu)
I don’t want to sick my liver for two times
(saya tidak mahu sakit hati untuk kali kedua)
Safe walk, Linda
(selamat jalan, Linda)
kredit : isu hangat

NAMA-NAMA KUIH PUN ADA MAKNA TERSIRAT


Bersempena hari raya aidilfitri yang masih disambut ini, masih terbayang bayang kuih raya dan juadah yang dihidangkan untuk jamuan raya. Sebut pasal kuih ni, macam-macam nama yang diberikan pada kuih yang dihasilkan. Pernahkah anda terfikir bagaimana nama-nama kuih ni dapat diilhamkan oleh orang-orang yang meletakkan nama kuih tersebut. Berikut saya ingin berkongsi nama-nama sebahagian kuih yang menarik untuk santai-santai bersama. Mari kita tengok:
Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Photobucket
Kuih paling keji= Taik Itik
Photobucket