www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Monday, August 27, 2012

KONGSIKAN BERSAMA! INILAH WAJAH LELAKI MYANMAR PELAHAP DUIT DERMA MADRASAH




oleh : mazidul akmal sidik

Lihat wajah lelaki Myanmar berusia 20 tahun di atas, kelihatan tenang dan dia segak berbaju Melayu dan bersongkok.

Saya menemuinya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kononnya sedang mengutip derma untuk membina madarasah di Naratiwat, Thailand.


"Mana awak dapat kertas ditampal di bekas plastik ini?," soal saya.

Dia kelihatan gabrah sebaik soalan itu diajukan.

"Kawan saya bagi sebelum bulan Ramadan. Dia kata gunakan ini kertas boleh kutip derma," katanya.


"Macam mana awak hantar duit kutipan ini ke Thailand?," tanya saya lagi.

"Tidak hantar," balasnya.

"Masuk poket awaklah?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

Remaja itu kelihatan amat takut sedangkan saya bukan pegawai polis, penguat kuasa Jabatan Imigresen atau kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Hairan.


"Abang, saya minta maaf, baru sahaja buat ini kerja," jawabnya.

Sejak mula terbabit dalam penerbitan kisah 'Di sebalik tangan yang menadah', telinga saya sudah terlalu lali mendengar alasan sebegitu.

"Awak tidak membuat salah dengan saya, cuma awak menipu orang ramai. Mereka menghulurkan sumbangan ikhlas untuk tujuan membiayai kos pembinaan masjid tetapi awak ambil semua duit itu untuk kegunaan peribadi. Saya hendak awak berhenti menipu, boleh?" 

Itu permintaan saya.

Jika tidak dikawal kesabaran, pasti pipi kiri dan kanannya penuh dengan kesan tapak tangan saya.


Sebilangan mereka lalu-lalang di sekitar barangkali melihat tindakan saya menemu bual remaja itu sebagai perbuatan zalim.

... mengganggu pengutip derma untuk masjid.

Walhal dia lebih zalim, pelahap wang sepatutnya dihantar ke negara jiran. 

Perbualan kami dirakamkan oleh jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan dan InsyaAllah akan disiarkan pada 15 September, jam 9 malam.

Skrip paparan selama 1 jam itu sedang saya siapkan.


"Awak tolong koyak kertas ini, boleh? Saya tidak mahu melihat wajah awak di sini lagi," kata saya.

Remaja berasal dari Myanmar dan kini menetap di Ampang, Selangor itu akur.


Kertas dikoyak manakala wang hasil kutipan dimasukkan ke dalam poket baju Melayu.


Bagi dirinya, madarasah dan poket baju, sama.

Tolong sebarkan gambar dan informasi di entri ini agar dia tidak terus mengembungkan poketnya dengan kaedah sebegitu.


kredit : bersama mazidul

Thursday, August 9, 2012

INFO! LIHAT FAKTA EVOLUSI KELAJUAN PECUTAN USAIN BOLT BERBANDING PELARI OLIMPIK TERDAHULU...

Video penuh informasi dan akan membuka mata anda tentang evolusi kelajuaan rekod 100 meter Olimpik sejak dari tahun 1896 HINGGA tahun 2012.




kredit : blog serius

WOW !! KERETA EKSKLUSIF MAYBACH AXELERO

Maybach bukanlah pengeluar kereta sport. Selalunya Maybach mengeluarkan limo untuk CEO kaya untuk literally ride like a bawse. Pada tahun 2005 Maybach mengahasilkan prototype Maybach Exelero. Ianya Maybach yang direka untuk kelihatan seperti sebuah kereta lumba. Ia diperkasakan dengan enjin V12 5.9L Twin Turbo yang mampu menghasilkan 700 kuasa kuda.Kelajuan maksimumnya pula 218 batu sejam (351 kmj). Satu-satunya prototype Maybach Exelero ini kini milik Birdman, seorang produser muzik hip hop yang membayar USD 8 juta untuk memilikinya.



kredit : blog serius

Wednesday, August 1, 2012

INILAH REKABENTUK KIA FORTE 2013 @ K3

Kia K3 Kia Forte 2014 1 (Gambar) Kia Forte 2013 @ K3   Semakin Mengancam!

Juga dikenali dengan nama Kia Cerato di tempat-tempat lain, Kia Forte 2013 @ K3, diramal akan bakal mengulangi kejayaannya menjadi model terlaris Kia di Pasaran Global.
Kia K3 Kia Forte 2014 2 (Gambar) Kia Forte 2013 @ K3   Semakin Mengancam!
Mengulangi kejayaan dengan menampilkan rekabentuk yang lebih segar dan elegan, kami tidak nampak kesukaran Kia Forte untuk menjadi pilihan bakal pembeli kereta di malaysia sekiranya ia secara rasmi dijual di Malaysia nanti.
Kia K3 Kia Forte 2014 3 (Gambar) Kia Forte 2013 @ K3   Semakin Mengancam!
Mengikut pengeluarnya, Kia Forte 2013 @ K3 akan dijangka bakal berada di pasaran Malaysia dan juga beberapa tempat lain dalam suku pertama tahun 2013 ini. Bagi sesiapa yang ada bercita-cita untuk menukar kereta atau membeli kereta baru selepas ini, mungkin Kia Forte 2013 ini boleh menjadi dalam senarai pilihan kereta anda nanti.


kredit : beritasemasa