www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Thursday, January 26, 2012

SUNGAI DALAM LAUT DITEMUI DARI LAUT MEDITERRANEAN KE LAUT HITAM

4851636252 16125cdb5c (Gambar) Sungai Dalam Laut Terbaru

Kuasa Allah swt tetap berlaku. Apatah lagi apabila ia telah disebut dalam Al-Quran. Subhanallah! Terbaru, sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai dalam laut yang keenam terbesar di dunia di Laut Hitam di Mediterranean.
Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis yang baru jumpa sungai tersebut menjangkakan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.
Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan. Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.
4851636144 8982701d5f (Gambar) Sungai Dalam Laut Terbaru
4851018443 360b049bbd (Gambar) Sungai Dalam Laut Terbaru
Sungai dalam laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam. Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang. Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.
Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbarSunday Telegraph, pada setiap saat, sungai dalam laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah. Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.
Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. – Agensi
kredit : berita semasa

Wednesday, January 18, 2012

(BERGAMBAR) SENARAI 14 ORANG YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA DARI PERTAMA HINGGA KINI (2012)

SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA (beserta Raja Permaisuri Agong dan Tempoh Memerintah )


Tuankuabdulrahman.jpg
1. -Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
    -Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku 

      Besar Burhanuddin
      31 Ogos 1957 - 1 April 1960

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilanyang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.


Img agung2 2.gif
2. -Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum 
     Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
    -Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
     14 April 1960 - 1 September 1960

Gelaran penuhnya, Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaiddin Sulaiman Shah (13 Mei 1898 - 1 September1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 1 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.

Tuesday, January 17, 2012

LAGENDA! MEGALODON JERUNG PALING BESAR DI DUNIA


Saiz Megalodon jika dibandingkan dengan jerung biasa
Air laut merangkumi hampir 70% daripada permukaan bumi. Pada awalnya pemangsa yang hidup dibawah laut membesar dengan cepat. Pemangsa yang dikenali sebagai Megalodon menjelajahi kedalaman laut berjuta-juta tahun yang lalu. Jerung putih yang besar telah bertahan selama lebih dari 10 juta tahun. Sekarang ini pemangsa laut yang paling utama itu amatlah kecil jika dibandingkan dengan Megalodon besar.



kredit : happy need sleep

Monday, January 9, 2012

APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN MENURUT ISLAM??


catatan oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Sehingga dalam banyak jemputan, dijemput bersama ‘spouses and partners’.
Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapi trend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.
Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.

Thursday, January 5, 2012

MENARIK! JENAMA KERETA GERGASI JUGA MAIN PERANG IKLAN


Perang BMW, Audi, Subaru

Iklan memang ‘tool’ perniagaan yang utama. Lihatlah AirAsia dan MAS yang kini dikenali seluruh dunia kerana iklan di jersi QPR.
Ada juga iklan yang ‘menganjing’ seperti iklan potong wayar P1 satu masa dahulu yang menggugat TM walaupun pelanggan P1 ramai yang menyesal dan berpatah balik kepada wired. Inilah KUASA IKLAN.
1. Dimulakan oleh Audi yang ‘menganjing’ BMW …
Iklan BMW

2. dan tak duduk diam, BMW membalas dengan…
Iklan BMW
3. Tidak puas dengan Audi, BMW ‘menyindir’ Mercedes…
Iklan BMW
4. Lagi…
Iklan BMW
5. Selepas Merc , BMW ‘mencabar’ Jaguar pulak…
Iklan BMW
6. Kemudian BMW menyerang Audi semula…
Iklan BMW
7. Kali ini Audi tidak boleh terima, mereka ‘betah’…
Iklan BMW
8. Subaru pun turut menyambut dan ‘sound’ kedua-dua BMW dan Audi sekali…
Iklan BMW
9. Boring dengan aksi ‘kerek’ kereta-kereta tadi, Bentley menutup semuanya dengan…
Iklan BMW
Hohoho. Kreatif kan iklan diaorang ? Cuma gambar last saja jer bikin HANGAT.


kredit : isuhangat