www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Thursday, November 24, 2011

SEDIKIT INFO TENTANG MAKLUMAT BARCODE YANG TERDAPAT PADA SESUATU BARANG

Kita selalu bila beli barang seperti air kotak minuman mesti ada barcode kan?..Untuk pengetahuan korang semua, jika angka barcode produk berkenaan bermula dengan angka 729.. itu bermakna produk dari Israel.. Contoh barcode boleh tengok kat bawah.. dengan membeli barang mereka bermakna kita juga sedikit sebanyak menyokong negara berkenaan.. bukannya aper... sesetengah orang ada yang memboikot jenama barangan yang dikeluarkan oleh Israel yang diketahui tetapi terlepas pandang dengan sesetengah barang lain yang tidak diketahui negara pembuatnya... jadi dengan maklumat ini mungkin juga dapat membantu anda.... 

MENARIK! KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR KREATIF DARI PERBAGAI PERSPEKTIF YANG NAMPAK UNIK


Koleksi pelbagai gambar yang diambil dari perspektif berbeza bagi menghasilkan gambar yang sangat menarik dan kreatif. 

gambar perspektif berbeza


Wednesday, November 23, 2011

MENARIK! GAMBAR-GAMBAR KERETA DENGAN BODY BENTUK KASUT

Selagi boleh, orang-orang yang kreatif akan mereka apa sahaja yang dapat. Kali ini saya ingin berkongsi gambar-gambar kereta yang dihasilkan dengan body berbentuk kasut. Menarik juga idea-idea kereta kasut ni... mari kita layan.....






GAMBAR DAN VIDEO BUAYA GERGASI YANG BERJAYA DITANGKAP DI FILIPINA

Buaya yang berat 1 tan lebih telah dijumpai oleh pemburu dan orang kampung di Manila, Filipina. Buaya yang mempunyai berat sebanyak 1,075 kilogram  dan 21 kaki panjang, telah ditangkap semenjak mereka melancarkan gerakan memburu pada sabtu lepas. Tengoklah betapa besar gambar buaya yang berjaya ditangkap ini. 

Ini kalau dia makan kalau setakat 1 orang tak cukup mau 3 orang sekaligus agaknya. Risau eden...
Meh layan tengok video pulak untuk lebih real....
kredit : rilekslah

Thursday, November 17, 2011

JOM BELI PULAU UNTUK KEDIAMAN DI THE PALM


Ku katakan WO! Mmg tak cukup dah tanah dah kot sekarang ni.. Sampaikan ada orang2 yg sanggup keluarkan modal berjuta2, malah berbilion2 nak buat pulau pulak hihi.

Korang boleh tgk sendiri gambar2 kat bawah ni.. Sila2 layan diri anda ye :)
 Caption : H for Helicopter.. sah kaya! Saudagar, Jutawan, Hartawan
 Caption : Wo! Buat pulau main sembur gitu aje.. Senang ler kalu gitu hihi
 Caption : Saujana mata memandang

Tuesday, November 15, 2011

MARI LIHAT KOLEKSI JERSI PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA DARI 1977 HINGGA KINI (2011)


Di sini mari kita konsikan bersama koleksi jersi Pasukan Bola Malaysia sepanjang zaman dari tahun 1977 hingga yang terbaru tahun 2011. Gambar-gambar ni semua adalah ilustrasi saudara Azmie daripada SwitchImageProject.
79 Koleksi Jersi Pasukan Malaysia Sepanjang Zaman
Jersi Malaysia 78-79 (Home)
77 80 Koleksi Jersi Pasukan Malaysia Sepanjang Zaman
Jersi Malaysia 77-81 (Away)
80 Koleksi Jersi Pasukan Malaysia Sepanjang Zaman
Jersi Malaysia 80/81 (Home)

Monday, November 14, 2011

NEGARA ARAB SAUDI BAKAL BINA PENGANGKUTAN KERETAPI LAJU DARI MEKAH KE MADINAH


Keretapi Laju dari Mekah ke Madinah

Photobucket
MEKAH – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.
Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.
“Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis (3/11/2011).
Photobucket
Projek tersebut dijangka akan selesai dalam tiga tahun akan datang. Fasa kedua ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel kereta, signal, sistem komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju serta penyelenggaraan.
Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyelenggeraan trek keretapi ini selama 12 tahun.
Untuk laluan ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk gerabak kelas utama dan gerabak restoran. Rel keretapi ini ialah sepanjang 444 kilometer juga akan memiliki fasiliti kesihatan.
Dengan keretapi laju ini, kata Al Seraisy, masa perjalanan Jeddah-Mekah ialah dalam setengah jam dan jarak Madinah-Jedah dua jam. Sekarang ini masa perjalanan dari  Jeddah-Mekah selama satu hingga 1.5 jam, masa perjalanan Mekah-Madinah ialah antara empat sehingga lima jam. Manakala masa perjalanan dari Jeddah-Madinah ialah lebih kurang enam sehingga tujuh jam.

MENAKJUBKAN! GAMBAR KEGIGIHAN BURUNG MEMBUAT SARANG


Proses Burung Membina Sarang,Subhannallah …

“Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (An-Nur: 41)
“dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah.” (Ash-Shad: 19)
” … dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung … ” (Al-Anbiya: 79)
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”. An-Nahl: 68)
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Thursday, November 3, 2011

GAMBAR-GAMBAR PROSES PEMBINAAN KAPAL TITANIC YANG SEBENAR PADA TAHUN 1909

gambar kapal titanic
White Star Line adalah syarikat yang membina kapal Titanic, dan dimiliki oleh J.P Morgan, seorang hartawan Amerika. Kos untuk membina RMS Titanic adalah $ 7.5 juta .RMS bermaksud Royal Mail Steamer. Ia mengambil masa dua tahun untuk membina kapal Titanic oleh 3000 orang pekerja lelaki. Tiga juta rivet telah digunakan untuk membina kapal tersebut. Berikut merupakan gambar sekitar pembinaan kapal Titanic pada tahun 1909. 




GAMBAR-GAMBAR KOLEKSI BASIKAL PELIK


Koleksi basikal pelik yang dihasilkan oleh orang yang kreatif dan bersungguh-sungguh.


Tuesday, November 1, 2011

TERGAMAKKAH ANDA? SUP JANIN BAYI BOLEH DINIKMATI DI NEGARA CHINA


'Sup Bayi' atau lebih dikenali sebagai khasnya sup 'Tulang Rusuk' tidak boleh didapati pada menu makanan setiap hari disebuah restoran di Cina. Seorang wartawan yang menulis artikel didalam bahasa Cina mengatakan bahawa dia terpaksa menunggu beberapa minggu sehingga bayi tersedia. Sebuah pasangan yang telah dikurniakan 2 orang anak perempuan mendapati bahawa mereka akan dikurniakan seorang lagi bayi perempuan pada 5 bulan akan datang dan telah membuat keputusan untuk digugurkan kandungan tersebut kemudiannya dijual kepada sebuah restoran. Bayi tersebut dijual dengan harga kira-kira 2,000 Yuan ($290US) 

Berita yang mengejutkan ini telah tersebar di Cina. Sebuah bandar di Canton kini ianya telah menjadi satu tradisi bagi warga tempatan untuk mengambil sup bayi ini bagi meningkatkan kesihatan dan seksual/stamina. 



INGATAN! JANGAN LETAK KUNCI RUMAH DALAM KASUT @PASU BUNGA @PETI SURAT



Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar

PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.
Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.

"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.

Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya.

"Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

SEDIKIT INFO TENTANG COKMAR UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MALAYSIA

Cokmar pada asalnya merupakan alat senjata diubah bentuknya menjadi sebuah alat lambang kebesaran dan kuasa. Di universiti, ia merupakan lambang kuasa universiti dan kebiasaannya digunakan dalam majlis-majlis rasmi Universiti yang melibatkan Chanselor contohnya Majlis Konvokesyen. Setiap universiti di Malaysia mempunyai cokmar masing-masing, berikut adalah senarai cokmar universiti-universiti di Malaysia

Cokmar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

cokmar utem Senarai Cokmar Universiti universiti di Malaysia
Keris Panjang UTeM
“Keris Panjang sebagai lambang kuasa Universiti akan diperuntukkan untuk dipakai dan dibawa oleh Panglima semasa mengiringi Canselor pada Konvokesyen Universiti. Keris melambangkan kebesaran dan kekuasaan masyarakat Melayu yang sangat dimuliakan.  Di samping pengaruhnya yang kuat mendasari budaya dan adat resam Melayu, ia juga merupakan suatu lambang keindahan seni pertukangan Melayu yang dikagumi dan dihormati.” sumber: Laman Web UTeM

Cokmar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

cokmar upnm Senarai Cokmar Universiti universiti di Malaysia
                                         cokmar upnm
Cokmar UPNM adalah berasaskan Pedang Zulfaqar yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W dan menantunya Sayyidina Ali bin Abi Talib Karramullah Wajha. Panjang pedang ini ialah 5 kaki. Ia diperbuat daripada logam perak dengan campuran besi dan bersalut emas. Petikan Al-Quran dari surah Al-Anfal ayat 60 turut ditatahkan pada pedang. sumber: Laman Web UPNM