www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Wednesday, June 27, 2012

INFO! KENAPA ANDA HARUS MEMILIH ANDROID?


Setiap Smartphone masa kini mempunyai kelebihan masing – masing. Dari Blackberry yang multifunction sehingga android. Admin akan bercerita mengenai android yang menurut beberapa sumber sudah menguasai lebih dari 33% dari seluruh pasaran handphone baru. Jika beberapa tahun lalu masih didominasi oleh symbian, sekarang nokia sudah mula risau melihat perkembangan android yang begitu cepat.

1.Percuma
Produk dari google ini, Android boleh digunakan dengan percuma. Anda boleh customize sendiri aplikasi yang akan digunakan. Bagi pengeluar smartphone, Android merupakan pilihan menarik kerana harganya yang “free” sehingga boleh mengurangkan kos pengeluaran dari handphone yang mereka keluarkan.
Oleh kerana banyak syarikat pengeluar dan developer software yang mengembangkan aplikasi android, pengguna juga boleh memilih aplikasi yang sesuai dengan keperluan masing – masing. Hanya mencari aplikasi di android market kemudian install pada handphone. Jika tidak sesuai dengan keperluan hanya perlu uninstall dan mencari aplikasi lain di android market.

2. Multi Tasking
Seperti notebook, semua handphone android boleh multitasking. Ertinya pengguna boleh memerintahkan handphone untuk membuat beberapa tugas sekaligus. Sebagai contoh, semasa anda download aplikasi, anda boleh menggunakan aplikasi lain seperti mendengar muzik, login ke twitter dan tugas lain.
Seperti apa yang dikatakan Steve Jobs (Apple), PC tablet akan menggantikan tugas notebook tetapi dengan gadget yang lebih ringan.
3. Selalu Update
Seperti operating system “open source” yang lain, Android selalu “ up-to-date” untuk melakukan perubahan. Setiap kali ada “bug” yang baru ditemui, pencipta aplikasi akan menyediakan “patch” untuk memperbaikinya. Dan jangan lupa, setiap versi yang diupgrade akan meningkatkan performance OS itu sendiri.

4. Nama Baik Google
Tidak dinafikan google menjadi salah satu alasan kenapa android cepat dipercayai oleh semua orang di dunia. Google selalu menghadirkan warna baru di internet melalui produk – produk mereka yang penuh dengan inovasi. Dan yang lebih penting lagi, sebagian besar produk google boleh dinikmati dengan percuma.
Dan seperti produk google yang lain, android menjadi terkenal dan terima masyarakat dunia kerana google. Bahkan dikatakan android “menumpang” nama google untuk menjadi terkenal.



5 : Sokongan Smartphone Popular
Mungkin ini yang dinamakan “simbiosis mutualisme” antara pengeluar handphone kelas atas dengan google. Untuk mengurang kos operasi pengeluar handphone akan mencari OS yang berkualiti dengan harga seminimum mungkin dan pada masa yang sama google datang dan memberi tawaran “android” dengan harga “percuma”. Merupakan perkara yang bodoh jika menolak tawaran tersebut, beberapa pengeluar terkenal mula meyokong Android diantaranya Samsung, Motorola, HTC dan sony ericsson.

6. Aplikasi yang pelbagai.
Jika anda baru menggunakan android, cuba anda buka menu android market. Disitu ada beribu aplikasi yang siap sediadigunakan bermula dari aplikasi untuk pekerjaan seharian, aplikasi gallery foto, aplikasi jejaringsocial, games dan banyak lagi.
Hanya perlu memilih aplikasi mana yang anda ingin digunakan dan install pada handphone anda. Walaupun begitu, beberapa aplikasi memang bersifat komersial sehingga anda harus mengeluarkan wang saku untuk menggunakannya.
Beberapa kelebihan di atas adalah gambaran umum kenapa harus memilih android.
kredit : isu hangat