www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Thursday, April 18, 2013

QUANTUM OF THE SEA KAPAL MEWAH DENGAN DEK PENINJAU BERGERAK 360 DARJAH


         Seperti yang kita tahu kapal penumpang yang terbesar di dunia adalah Allure Of The Sea dikendalikan syarikat Royal Caribbean. Kapal penumpang ini mampu membawa 6296 orang penumpang pada satu-satu masa. 

           Baru-baru ini Royal Caribbean memperlihatkan kapal penumpang terbaru mereka iaitu Quantum of The Seas. Ianya kecil sedikit dari Alure dengan jumlah maksimum 4200 orang penumpang. 

         Sungguhpun begitu Quantum akan mempunyai beberapa inovasi baru yang tidak ada pada Allure. Ianya kapal penumpang pertama mempunyai gelanggang bumper car, simulator terjunan udara, bilik penumpang terbesar di dunia dan dek peninjau bergerak yang mampu bergerak sehingga 300 kaki dari aras laut. Dek peninjau North Star ini memberikan pemandangan 360 darjah tanpa halangan. Ianya juga dek peninjau bergerak pertama yang dipasang pada sebuah kapal penumpang. Nampak cool. Quantum akan mula belayar November tahun ini. Malang bagi kita Quantum of The Sea hanya belayar di lautan Caribbean. Kalau nak naik kena pergi ke Florida! 





kredit : blog serius