www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Wednesday, March 13, 2013

INFO! KENALI TANDA-TANDA ADAKAH ANDA PENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG




Jantung adalah pertahanan terakhir tubuh selain otak yang menentukan kehidupan seseorang. Jika aliran darah tidak lancar boleh menyebabkan stroke dan kematian.

Laporan Health Priorities WHO mendedahkan pada tahun 2004 kadar kematian yang paling tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Tidak hairanlah penyakit jantung masih menjadi pembunuh senyap yang menakutkan. Tapi masyarakat belum terlalu mengenali gejala dari penyakit ini.

Berdasarkan kajian dari MiDAS di Milan, Itali tahun 2006 lalu, hampir lebih kurang 52% penderita penyakit jantung tidak mengeluh sakit dada atau sering disebut dengan silent ischemia.

Penyakit jantung adalah penyakit akibat pembuluh darah arteri koroner tersumbat, iaitu pembuluh darah yang mengalirkan darah dengan membawa zat makanan dan oksigen yang diperlukan otot jantung agar boleh berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh.

Jantung manusia mengepam darah ke seluruh tubuh secara tetap iaitu lebih kurang 4-5 liter darah setiap minita.Oleh kerana itu jika aliran darah tersebut tidak lancar boleh mengakibatkan kerosakan otot jantung yang menyebabkan gangguan pam jantung (stroke) dan kematian.

Rasa sakit yang terasa di dada bahagian tengah kiri akibat kurangnya oksigen yang dialirkan ke otot jantung kerana penyempitan tersebut.

Lima tanda atau gejala peyakit jantung(serangan jantung) yang paling sering terjadi adalah:

1. Rasa tertekan (dada terasa seperti ditimpa beban, sakit, tersepit dan terbakar) yang menyebabkan sesak nafas dan tercekik di leher.

2. Rasa sakit ini boleh menjalar ke lengan kiri,leher dan punggung.

3. Rasa sakitnya boleh berlangsung lebih kurang 15-20 minit dan terjadi secara terus menerus.

4. Timbul peluh dingin, tubuh lemah, jantung berdebar dan bahkan hingga pengsan.

5. Rasa sakit ini boleh berkurang semasa sedang berehat, tapi akan bertambah teruk jika sedang melakukan aktiviti.

Pemicu serangan jantung antara lain senaman yang berlebihan, marah yang mengeluarkan banyak emosi atau kegiatan lain yang dilakukan secara berlebihan.

Walaupun demikian, pengesanan awal dan rawatan cepat semasa terjadinya serangan boleh mencegah dari bahaya kematian dan stroke di kemudian hari.

Salah satu cara yang boleh menjadi solusi diagnostik dan menagani penyumbatan pembuluh darah adalah dengan angiografi koroner. Prosedur pemeriksaan ini menggunakan sinaran X (X-ray) yang bertujuan memeriksa struktur pembuluh darah jantung, ruang jantung, katup jantung dan otot jantung dengan kamera khas.

Sehingga kini pemeriksaan tersebut masih menjadi standard untuk melihat bahagian-bahagian pembuluh darah yang tersumbat kerana memiliki tingkat ketepatan paling tinggi iaitu mendekati 100 percent.

Namun bukan bererti penyakit ini tidak boleh dicegah, ada dua cara pencegahan yang boleh dilakukan agar terhindar dari penyakit jantungiaitu pencegahan primer dan pencegahan sekunder.

Pencegahan utama, iaitu berusaha agar terhindar dari penyakit jantung sebelum dikesan penyakit jantung tapi ada faktor risiko dari faktor keturunan atau memiliki diabetes.

Pencegahan kedua, iaitu pencegahan dari seorang penderita penyakit jantung agar terhindar berulangnya tersumbatnya pembuluh darah kembali.

Perkara yang harus dilakukan adalah mengawal kadar lemak darah kolesterol, menjaga tekanan darah agar terkawal, berhenti merokok, menghindari makanan berlemak, cukup makan sayur dan buah, bersukan secara teratur, mengurangi berat badan serta stress.


kredit : isu hangat

Sunday, March 10, 2013

(BERGAMBAR) JAMBATAN LEBUHRAYA YANG DIBERI NAMA "JAPANESE DOUBLE LOOP SPIRAL"



Jambatan lebuhraya ini digelar "Japanese Double Loop Spiral". Telah dibina di Kawazu, Jepun dan siap pada 1982. Ia dibina dalam keadaan berbentuk bulat dan bertingkat memandangkan keadaan permukaan bumi yang berbukit dan curam. 







kredit : media malaya

(BERGAMBAR) JAMBATAN YANG MEMISAHKAN DUA LAUTAN YANG INDAH DIBERI NAMA "GLASS WINDOW BRIDGE"



Jambatan ini menghubungkan dua lautan penting iaitu Lautan Atlantik dan Lautan Carribean. Jambatan ini terletak di Bahamas. Ia dipanggil “Glass Window Bridge”. Memang cantik kawasan ini.

kredit :media malaya

Tuesday, March 5, 2013

INFO-KENALI TENTANG BANDAR PARIT BUNTAR DI DAERAH KERIAN, PERAK

MENARA JAM BESAR YANG TERLETAK DI PEKAN
LAMA PARIT BUNTAR MENJADI MERCU TANDA
BANDAR PARIT BUNTAR

Parit Buntar terletak di utara negeri Perak, bersempadan dengan Bandar BaharuKedah dan Nibong TebalPulau Pinang. Bandar Parit Buntar juga terletak berhampiran dengan Bagan SeraiKuala KurauTanjung Piandang dan Bagan Tiang. Parit Buntar adalah merupakan pusat pentadbiran untuk Daerah Kerian

Daerah Kerian Perak merupakan sebuah daerah yang terkenal dengan jolokan Jelapang Padi Negeri Perak.  Selain terkenal sebagai daerah yang subur dengan hasil buminya, ia juga turut terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Berkeluasan kira-kira 90,000 km persegi, Daerah Kerian mempunyai tanah rata dan subur serta dua daripada mukim yang terdapat di daerah ini merupakan kawasan yang berbukit iaitu Gunung Semanggol dan Beriah.


lokasi daerah kerian

Parit Buntar yang menjadi pusat pentadbiran bagi Daerah Kerian merupakan sebuah penempatan yang semakin membangun. Jika dahulu, Parit Buntar hanyalah sebuah pekan kecil, namun lama-kelamaan, ia telah berkembang sehinggalah menjadi sebuah bandar yang teratur serta membangun. Segala kemudahan kini semakin tersedia di Bandar Parit Buntar. Parit Buntar terdiri daripada gabungan bandar lama dan bandar baru.

Daerah Kerian mempunyai lapan buah mukim di bawahnya. Antaranya ialah Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Tiang, Bagan Serai, Gunung Semanggol, Beriah dan juga Selinsing. Mercu tanda bagi Bandar Parit Buntar adalah Menara Jam yang terletak di Pekan Lama Parit Buntar. Ia adalah lambang kemajuan dan kemakmuran penduduk Parit Buntar. Menara jam ini dibina pada awal tahun 1961 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 24 Ogos 1961. Menara ini didirikan oleh Lim Chong Chee PB.

Suatu masa dahulu, Parit Buntar juga tidak terkecuali daripada dijajah oleh kuasa asing. Sekitar 1800, Parit Buntar pernah dijajah oleh kuasa British. Nama Parit Buntar diambil sempena dengan nama seorang pemimpin masyarakat yang terkenal pada suatu masa dahulu iaitu Tok Buntar. Allahyarham bersama dengan pengikutnya pada masa itu telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah padi. Pada waktu itu orang ramai menggelar parit tersebut dengan panggilan Parit Tok Buntar. Lama-kelamaan nama tersebut kemudiannya hanya disebut dengan panggilan Parit Buntar sehinggalah sekarang.

Parit Buntar dihubungkan dengan Bandar Baharu, Kedah melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Sungai ini juga mencatat sejarah apabila sekitar pertengahan tahun 1970an tragedi feri karam telah menyebabkan ramai yang terkorban.

Pinggiran Sungai Kerian yang terletak di Pekan Lama Parit Buntar adalah sebuah taman rekreasi yang sering menjadi kunjungan penduduk di sekitar Parit Buntar dan orang luar. "Indah dan menarik". Itu huraian ringkas yang dapat menjelaskan keistimewaan Pinggiran Sungai Kerian. Selain untuk beriadah bersama keluarga, ada juga yang datang untuk memancing. Bagi para belia dan kaki pancing, ramai yang akan berkunjung ke Pinggiran Sungai Kerian pada waktu pagi dan petang.




Bagi penduduk sekitar seperti di kawasan kampung-kampung turut menjadikan Parit Buntar sebagai lubuk mencari rezeki dan tempat untuk mencari barang-barang keperluan seperti pakaian dan sebagainya.  Dahulu, di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Terapung. Ketika itu Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama dan juga barangan lain.

Terdapat beberapa kampung yang terletak berhampiran dengan Bandar Parit Buntar antaranya ialah Titi Serong, Kampung Parit Tok Ngah, Kampung Parit Haji Wahab, Kampung Parit Haji Napis, Kampung Parit Haji Amin, Tanah Kebun dan beberapa buah kampung lagi. Kampung-kampung ini mempunyai sosioekonomi yang sama iaitu melalui sektor pertanian. Penduduk kampung di sekitar Parit Buntar menjadikan sawah padi sebagai sumber pendapatan utama mereka. Penanaman padi di sini dilakukan dua kali setahun. Malah jika kena pada musimnya, pemandangan sawah padi yang menghijau dan ada masanya kuning keemasan pasti membuatkan pengunjung merindui pemandangan di sini.



Bagi yang membesar di bandar pastinya tidak pernah merasa pengalaman menikmati udara nyaman di pinggir sawah. Apatah lagi bermain lumpur apabila air dari parit dibiarkan memenuhi sawah padi bila tiba musim menanam ataupun menabur benih padi. Apa yang pasti pemandangan sawah padi ketika itu seolah-olah lautan yang terbentang luas. Bagi masyarakat di sekitar Parit Buntar, pemandangan sawah padi merupakan penyeri dan juga sumber pendapatan penduduk setempat.

Selain daripada itu, penduduk yang tinggal di Tanjung Piandang dan Bagan Tiang yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Parit Buntar menjadi pelantar utama bagi pelaut. Proses jual beli juga dilakukan di sini. Kebanyakan penduduk di sini menjadi nelayan pesisir pantai dan laut dalam. Peralatan yang digunakan adalah seperti pancing, jala, pukat dan sampan bagi tangkapan yang dilakukan di pesisir pantai. Bagi nelayan laut dalam pula, penggunaan bot-bot besar adalah lebih utama selain penggunaan pukat pelbagai jenis sama ada kecil atau besar. Hasil tangkapan yang banyak selalunya dijual dan sedikit diperuntukkan untuk makan sendiri.





Hubungan antara penduduk sekitar dengan Bandar Parit Buntar tentunya melalui  hubungan sosioekonomi. Selain daripada mereka datang ke Parit Buntar untuk membeli belah, ada juga penduduk sekitar yang bekerja di situ. Bandar Parit Buntar menempatkan pelbagai premis jualan, bangunan kerajaan, institusi perbankan, hospital dan sebagainya. Maka segala urusan tertumpu di bandar ini.

Salah sebuah sekolah yang terdapat di Parit Buntar ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Buntar yang kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang yang telah dibina sekitar tahun 1969 bersempena dengan nama Dato’ Panglima Bukit Gantang Tuan Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz iaitu Menteri Besar Perak yang pertama. Berhampiran sekolah ini terdapat beberapa lagi sekolah seperti SMK Seri Perak, SMK Methodist dan lain-lain.

Balai Polis Parit Buntar pula dibina sejak tahun 1929. Pada asalnya bangunan balai polis ini hanya dibina menggunakan papan sahaja. Lama-kelamaan, barulah bangunan yang ada sekarang didirikan. Pada 13 Mac 1980, pengubahsuaian daripada bangunan papan kepada batu bata dimulakan. Balai Polis Parit Buntar telah dirasmikan oleh Y.A.S Tuan George Boucher, KMN, Pesuruhjaya Kanan Polis II, Ketua Cawangan Khas Perak pada 11 Mei 1985 bersamaan 21 Syaaban 1405.


Hospital Parit Buntar merupakan satu-satunya hospital yang terdapat dalam Daerah Kerian. Hospital ini menyediakan pelbagai jenis rawatan kepada pesakit dan ia mula beroperasi pada sekitar tahun 1930 lagi. Hospital ini banyak berjasa kepada penduduk sekitar Parit Buntar sejak sekian lama. Bangunan asal hospital ini merupakan bangunan Sekolah Methodist Parit Buntar.

Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan juga terletak berhampiran dengan Parit Buntar. Walaupun ianya tidak termasuk di dalam lingkungan kawasan Parit Buntar, tetapi USM terletak di kawasan bersempadan di lokasi Transkerian iaitu di Persempadanan antara Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak.




Parit Buntar tidak mempunyai banyak pusat pelancongan, pusat komersial atau tapak sejarah tetapi ia mempunyai taman rekreasi yang tersendiri.
1.  Taman Rekreasi Pinggiran Sungai Kerian
2.  Taman Rekreasi Ampang Jajar
3.  Medan Selera Jambatan Parit Buntar-Bandar Baharu
4.  Bangunan Lama di Stesen keretapi Parit Buntar
5.  Menara Jam Parit Buntar

Pelancongan Sekitar Parit Buntar (Daerah Kerian)
1.  Kuala Gula Bird Sanctuary
2.  Hutan Simpan Matang
3.  Arowana Farm Bukit 
4.  MerahBukit Merah Laketown Resort
5.  Pantai Ban Pecah, Tg. Piandang 

Pengunjung juga boleh menginap di beberapa hotel di Parit Buntar yang bertaraf 2 bintang dan menikmati menu hidangan daerah Kerian yang juga disediakan di beberapa hotel di Parit Buntar antaranya:

1.  Hotel Damai

2.  Parit Buntar Inn

3.  Hotel Pekan Baru

4.  Hotel Melor Inn

5.  Homestay-homestay Parit Buntar


Di Parit Buntar anda juga boleh menikmati juadah char koey tiaw yang boleh dikatakan enak dimakan. Warung char koey tiaw terkenal di Parit Buntar
1.  Along Char Koey Tiaw
2.  Omar Char Koey Tiaw

kredit :asam garam 2peteri,wikipedia

(BERGAMBAR) TAMAN DENGAN TEROWONG BUNGA WISTERIA YANG AMAT CANTIK DI JEPUN



Di bandar Kitakyushu terdapat Taman Bunga Kawachi Fuji. Di dalam taman ini terdapat terowong bunga Wisteria yang cantik. Terdapat 20 jenis pokok bunga Wisteria di taman ini dan apabila musim bunga anda boleh berjalan di dalam terowong bunga pelbagai warna. Masa terbaik untuk  melawat taman bunga ini ialah dari bulan April hingga pertengahan Mei. 



kredit : blog serius