www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Thursday, June 30, 2011

TAHUKAH ANDA BAHAWA MATA MANUSIA MEMPUNYAI STRUKTUK YANG KOMPLEK & INDAH SERTA BERBEZA-BEZA

Suren Manvelyan, seorang guru dari Armenia  telah mengambil foto-foto berikut yang memberikan perspektif yang berbeza tentang mata manusia  dan juga struktur kompleksnya. Manvelyan mengambil gambar mikroskop mata ini daripada rakan-rakan dan pelajarnya. Dia mengatakan kepada Daily Mail:

"Adalah sesuatu yang biasa apabila anda mengambil gambar makro serangga dan tanaman, tapi cuba untuk mengambil gambar mata? Saya tidak mengharapkan hasil ini. Saya tidak sedar bahawa ia adalah rumit. Setiap hari kita melihat ratusan biji mata tetapi  tidak menduga ia mempunyai struktur yang begitu indah, seperti permukaan planet yang tidak diketahui. "



Wednesday, June 29, 2011

INILAH 10 DIANTARA JENAMA (FESYEN) PALING MAHAL DIDUNIA


 1. GUCCI
 2. Louis Vuitton
 3. Chanel

GAMBAR-GAMBAR HASIL DARI PHOTOSHOP YANG MENARIK

Ni la hasil photoshop yang cool!.. anyway.. gambar 1st ni kiut plak.. hehehe.. enjoy..







































MENARIK! TERDAPAT AIR TERJUN YANG TERLETAK DI BAWAH TANAH


Ruby Falls adalah sebuah air terjun setinggi 145 kaki di bawah tanah  yang terletak di dalam Lookout Mountain, berhampiran Rock City dan Chattanooga, Tennessee di Amerika Syarikat. Lampu elektrik dipasang di dalam gua, menjadikannya salah satu daripada gua-gua komersil pertama yang begitu lengkap dengan kemudahan. Ruby Falls dimiliki oleh keluarga Steiner dari Chattanooga, Tennessee.



KETAHUI 18 KHASIAT & MANFAAT PEMAKANAN BAWANG PUTIH (ALLIUM SATIVUM)


Allium sativum atau lebih dikenali sebagai bawang putih digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai bahan perasa. Selain itu,ia juga mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.

Antara khasiat dan manfaat bawang putih ialah:

  1. Menghalang kemerosotan otak dan meningkatkan sistem kekebalan 
  2. Membantu melambatkan proses penuaan.
  3. Menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser.
  4. Membantu menurunkan kadar kolesterol sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu .
  5. Menolong mencegah penggumpalan darah melalui zat anti-kolesterol  iaitu ajoene.
  6. Membantu meredakan tekanan,rasa cemas  dan kemurungan.
  7. Mengandungi  vitamin A, vitamin B,vitamin C, kalsium dan juga potasium .
  8. Mengandungi antioksidan, karotena dan selenium.
  9. Mengambil 2-3 ulas bawang putih sehari  dapat menghindar dari penyakit jantung.
  10. Menyembuhkan tekanan darah tinggi .
  11. Meringankan tukak lambung.
  12. Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
  13. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
  14. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh.
  15. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.
  16. Membantu menambah nafsu makan .
  17. Menjaga stamina tubuh badan.
  18. Mengandungi khasiat antimikrob, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga mempunyai antivitas sebagai antitumor.
sumber : foren-6

Tuesday, June 28, 2011

MARI MENCUBA SESUATU YANG MENARIK DI GOOGLE



Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai 'trick' menarik mengenai google ini. Kepada yang belum tahu, klik Google dan selamat mencuba!

1) Google Gravity
Buka website google > taipkan google gravity > Tekan I’m feeling lucky. cer tengok,cer tengok apa jadi?

2) Google Loco
Buka website google > taipkan google loco > Tekan I’m feeling lucky. hah! apa dah jadi?

3) Google Epic
Buka website google > taipkan google epic > Tekan I’m feeling lucky. cer citer cer citer?

4) Google Up side down a.k.a Terbalik
Buka website google > taipkan elgoog iaitu perkataan terbalik untuk google > Tekan I’m feeling lucky. Lu tengok sendiri laa..

5) Google Sfera/sphere
Buka website google > taipkan Google Sphere > Tekan I’m feeling lucky.
Best tak?

6) Nak Chak Noris tak?
Cuba lah cari Chak Noris jumpa tak  jumpa kat google ni. Buka website google > taipkan find Chak Noris > Tekan I’m feeling lucky. Rasa macam nak belasah pulak mamat chak noris ni.=P



Setakat ini itu saja lah yang mampu saya kongsikan.. cuba jangan tak cuba!

Wednesday, June 22, 2011

RASAILAH DENYUT NADI & KELUHAN HATI RAKYAT YANG MARHEN



(gambar sekadar hiasan)


Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin;

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...


kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

Tuesday, June 21, 2011

KENALI 13 JENIS BATU-BATU CINCIN SERTA KHASIATNYA

1. BATU HAKIKAT
gambar5
Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
 menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh,  serta untuk keselamatan diri


2. BATU PANCA NUR
gambar8gambar9
Batu Panca Nur atau pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling.  - Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai       
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.

MAKNA DISEBALIK WARNA DAN BILANGAN BUNGA ROS UNTUK DIBERIKAN PADA SESEORANG

Ramai wanita pasti suka bila ada orang memberi mereka bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira juga. Tapi tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. "Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye" 

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

MerahCinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
PinkMenunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.
Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
KuningMembawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru
Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan
PutihMenunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you”
Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”
LavenderCinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa
OrenKeghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru
HitamPermulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru
BiruMustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan
Sekali lagi ingin ingatkan, ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. Kita teruskan dengan memberikan maksud bilangan bunga ros yang diberikan pula.